Talbinah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bubur talbinah

Talbinah adalah makanan yang diperbuat daripada tepung gandum, biasanya dibuat dengan menambah susu dan madu atau juga serbuk barli kering. Dinamakan talbinah, kerana ia mempunyai persamaan dengan susu (al-laban), iaitu kerana sifatnya yang lembut dan putih.

Talbinah sebagai ubat Nabawi[sunting | sunting sumber]

Dalam Islam, terdapat riwayat dari Nabi Muhammad bahawa Talbinah dapat membantu meringankan keadaan psikologi orang yang sedang bersedih. Seperti dalam hadith:

Bahawa sesungguhnya apabila salah seorang anggota keluarganya meninggal dunia, maka berkumpullah para wanita. Kemudian mereka berpisah, kecuali keluarga dan orang-orang tertentu. Selepas itu, beliau (‘Aisyah radhiyallahu ‘anha) menyuruh diambilkan seperiuk talbinah. Lalu dia memasak dan membuat tsariid. Kemudian dia menuangkan bubur talbinah tersebut di atasnya. Setelah itu, ia berkata: “Makanlah bubur ini! Sesungguhnya, aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Talbinah dapat menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebahagian rasa sedih"[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ HR. Bukhari (5417, 5689, 5690), Muslim (2216)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]