Taman Angkasa Nuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Taman Angkasa Nuri berada dalam pekan Durian Tunggal yang terletak di selatan daerah Alor Gajah.Nama Taman Angkasa Nuri berasal daripada nama burung Nuri dan perkataan Angkasa ditambahkan di hadapan Nuri untuk mengelakkan wujudnya nama yang sama pada masa depan.Hal ini demikian kerana Masjlis Alor Gajah menetapkan bahawa semua nama kawasan yang berada dalam pekan Durian Tungggal perlulah diberikan dalam nama jenis burung.Taman Angkasa Nuri merupakan kawasan berpaya sebelum diterokai oleh Jaymuda Berhad,Yayasan Melaka pada tahun 2000 sebagai kawasan perumahan. Taman Angkasa Nuri merupakan sebuah taman yang lengkap dengan kemudahan prasarana.Terdapat kawasan perindustrian kecail dan sederhana(IKS),kawasan pendidikan(SJK(C)Chaobao) dan kawasan perniagaan telah wujud di kawasan ini.Pasaraya Econsave juga turut disediakan di Taman angkasa Nuri untuk memudahkan para penduduk.Padang, surau, Kompleks Maksak juga turut disediakan.Hal ini telah menarik perpindahan banyak penduduk. Masyarakat di Taman Angkasa Nuri telah mewujudkan suasana yang harmoni.