Taman Lestari Perdana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Lestari Perdana terletak di mukim Seri Kembangan di daerah Petaling. Mula diduduki pada bulan Januari tahun 2005, Lestari Perdana merupakan sebuah kawasan kediaman dan perniagaan . Terletak didalam kawasan yang strategik dengan kemudahan prasarana yang pelbagai, Kemudahan-kemudahan yang tersedia ada seperti lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Bukit Jalil dan yang terbaru Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya, memudahkan laluan ke Kuala Lumpur dengan anggaran jarak 18 km dan juga hanya 7 km dari Putrajaya. Memandu ke Putrajaya hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja. Selain itu, lokasi Taman Lestari Perdana hanya terletak 5 km dari UPM dan tidak pula jauh dari Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang. Klinik Kerajaan yang terdapat di berhampiran dengan Lestari Perdana ialah Klinik Kesihatan Seri Kembangan dan terbaru Klinik 1 Malaysia Lestari Perdana dan Gelanggang Futsal 1 Malaysia disamping berdekatan dengan Steseen Komuter Serdang dan LRT Bukit Jalil dan Seri Petaling. Di Taman Lestari Perdana terdapat kompleks sekolah rendah dan menengah kerajaan iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Dasaminium dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desaminium. Selain itu terdapat juga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Serdang. Antara kemudahan lain yang terdapat di lokasi berdekatan adalah Pasaraya JUSCO, Pasaraya Besar GIANT Seri Kembangan, Atmosphere, Mydin Puncak Jalil, Permai Walk, Pasar Borong Selangor dan juga Bazaar Rakyat Putra Permai. Antara projek yang sedang dibina ialah Kinrara Uptown, MRT laluan Sungai Buluh Serdang Putrajaya, dan pelbagai lagi kemudahan yang akan dibangunkan dari semasa ke semasa.

Antara taman-taman perumahan yang terletak bersebelahan dengan Lestari Perdana ialah Taman Desaminium, Puncak Jalil, Lestari Mansion, Taman Equine, Lestari Putra, Pinggiran Putra, Lestari Permai, Putra Permai, Taman Dato' Demang, dan Pusat Rekreasi Ayer Hitam. Kawasan ini juga dihubungkan dengan kemudahan pengangkutan awam bas RapidKL laluan 541 yang menghubungkan Stesen LRT Kinrara BK5 dan Hub bas Putra Permai bagi memudahkan perjalanan terus ke Pusat Bandar Kuala Lumpur, Serdang, Putrajaya Sentral, Puchong, dan Bandar Kinrara

Lestari Perdana terletak di kawasan tumpuan pembangunan yang bersempadan dan diapitkan dengan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Di samping itu juga Lestari Perdana terletak di lokasi Koridor Multimedia ( MSC) dan akan menjadikannya sebagai Pusat Penyelidikan Pembangunan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ( ICT )

Individu terawal yang berusaha dan memainkan peranan penting adalah Mohd. Khazimi Bin Ismail, beliau adalah individu yang bertanggongjawab dalam mengadakan rundingan dengan beberapa agensi yang berkaitan supaya hasrat penduduk untuk mendapatkan kemudahan seperti perkhidmatan bas RapidKL, Gelanggang Futsal 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia Lestari Perdana. beliau juga adalah individu pertama menubuhkan Persatuan Penduduk Lestari Perdana, Badan Pengurusan Bersama Lestari Perdana, Kawasan Rukun Tetangga Lestari Perdana, dan juga terlibat dalam mengemukakan cadangan terhadap kajian semula pengangkutan awam dan juga sistem pengangkutan MRT. Beliau juga pernah dilantik sebagai salah seorang dalam Jawatankuasa Penduduk Zon 19 MPSJ dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 11 MPSJ