Taman Negara Kaziranga
Taman Negara Kaziranga কাজিৰঙা ৰাষ্ট্ৰীয় উদ্যান | |
---|---|
Kaziranga Rashtriya Udyaan | |
IUCN Kategori II (Taman negara) | |
Bandar raya terdekat | Jorhat, Tezpur, Dimapur |
Luas | 430 kilometer persegi (170 bt2) |
Ditubuhkan | 1908 |
Badan pentadbir | Kerajaan India, Kerajaan Assam |
sunting |
Taman Negara Kaziranga (Bahasa Assam: কাজিৰঙা ৰাষ্ট্ৰীয় উদ্যান ) merupakan sebuah taman negara yang terletak di daerah-daerah Golaghat dan Nagaon di negeri Assam, India. Kawasan hutan ini juga merupakan Tapak Warisan Dunia.[1] Berdasarkan bancian pada Mac 2015 oleh Jabatan Kehutanan Kerajaan Assam dan pertubuhan bukan kerajaan, populasi badak sumbu di Taman Negara Kaziranga adalah sebanyak 2,401 ekor, termasuk 1,651 ekor badak dewasa (663 jantan, 802 betina, 186 tidak diketahui); 294 ekor badak pradewasa (90 jantan, 114 betina, 90 tidak diketahui); 251 ekor belum dewasa dan 205 ekor anak singa.[2] Kaziranga merupakan rumah bagi harimau Benggala dalam kawasan yang dilindungi, dan diisytiharkan sebagai pusat perlindungan harimau pada 2006. Taman tersebut juga merupakan rumah bagi populasi gajah Asia, kerbau air liar dan rusa paya.[3] Kaziranga diakui sebagai Kawasan Burung Penting oleh BirdLife International bagi tujuan pemeliharaan spesies burung. Jika dibandingkan dengan kawasan yang dilindungi di India, Kaziranga telah memperoleh kejayaan yang ketara dalam bidang pemeliharaan haiwan liar. Berkedudukan di pinggir kawasan bio Himalaya Timur, taman itu memiliki kepelbagaian spesies yang tinggi.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Assam rhino poaching 'spirals'". news.bbc.co.uk (dalam bahasa bahasa Inggris). Dicapai pada 6 Ogos 2016.
MC Malakar, Chief Conservator of Assam Forest (Wildlife Division) says there are 110 posts lying vacant at the Kaziranga, which is now a World Heritage Site.
Unknown parameter|dead-url=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ IANS. "Number of rhinos up in Kaziranga: census". The Hindu (dalam bahasa bahasa Inggris). Dicapai pada 6 Ogos 2016. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "Welcome to DC, Nagaon's Website on Kaziranga National Park". nagaon.nic.in (dalam bahasa bahasa Inggris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-30. Dicapai pada 6 Ogos 2016. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)