Taman Rimba Kenong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman Rimba Kenong merangkumi kawasan seluas 121 kilometer persegi di Lembah Kenong yang terletak di barat-daya Taman Negara.

Taman ini mengandungi beberapa buah gua batu kapur yang menakjubkan. Bunyi nyanyian burung dan deruan air terjun yang berdekatan memecahkan suasana tenang dan sunyi di sini.

Setiap gua batu kapur di sini terletak sejauh setengah jam perjalanan merentas hutan. Gua yang paling menarik ialah Gua Batu Tinggi yang menyerupai sebuah sampan tebuk. Sungai Kenong mengalir deras menerusi gua ini.

Masyarakat tempatan mempunyai cerita dongeng mengenai gua ini di mana menurut mereka gua ini dahulunya terbentuk apabila sebuah sampan yang membawa pengutus Raja dari Pekan bertukar menjadi batu. Gua ini terletak di aras antara 122 hingga 152 meter dari paras laut.

Di sini, anda boleh menemui pelbagai jenis tumbuhan liar termasuk berjenis-jenis bunga orkid, pokok ara dan epiphytes.[1]

Tips[sunting | sunting sumber]

Gunakan pakaian yang nipis dan longgar; kemeja-t lengan panjang yang selesa dan seluar panjang untuk perlindungan dari serangga dan luka cakaran. Pada masa-masa tertentu, keadaan di dalam hutan ini boleh menjadi sejuk. Bawa bersama jaket kalis air untuk keselesaan anda. Menggunakan pelekat menghalau serangga juga boleh dilakukan untuk mengelakkan dari gigitan serangga dan nyamuk. (harga tiket berapa?)[2]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kereta[sunting | sunting sumber]

Anda boleh memandu ke Stesen Keretapi Kuala Lipis, kira-kira 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan dari situ, menuju ke stesen Batu 9. Dari stesen Batu 9, anda hanya perlu berjalan selama 5 minit ke jeti Sungai Jelai untuk menaiki bot ke jeti Tanjung Kiara di Sungai Kesong di dalam perjalanan yang memakan masa hanya 20 minit. Pengembaraan anda ke Taman Rimba Kenong bermula dari jeti Tanjung Kiara.

Keretapi[sunting | sunting sumber]

Pelawat boleh sampai ke Taman Rimba Kenong dari pekan Kuala Lipis. Pekan ini dihubungkan dengan Kuala Lumpur dan Singapura oleh laluan keretapi. Cara termudah untuk sampai ke Taman ini ialah dari stesen keretapi Batu 9.

Bot[sunting | sunting sumber]

Pelawat boleh sampai ke Taman Rimba Kenong dari pekan Kuala Lipis. Pekan ini dihubungkan dengan Kuala Lumpur dan Singapura oleh laluan keretapi. Cara termudah untuk sampai ke Taman ini ialah dari stesen keretapi Batu 9.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]