Taman Tasik Putra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Putra Lake Gardens
Taman Tasik Putra
புத்ரா ஏரி பூங்கா
JenisTaman Tasik
LokasiKulim, Kedah
Keluasan91.6 hektar (226 ekar)
Dibangunkan
1888
Dikendalikan olehMajlis Perbandaran Kulim
StatusOpen all year
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Taman Tasik Putra terletak di Kulim[1]. Tasik ini merupakan bekas lombong biji timah yang ditukar menjadi kawasan rekriasi[2]. Keluasan Tasik Putra secara keseluruhan ialah 50 ekar manakala keluasan kawasan takungan air lebih kurang 14 ekar. Perpustakaan Kulim, Dewan Perbandaraan dan Dewan Hindu Sabhaterletak berdekatan dengan tasik ini.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Taman Tasik Putra Kulim terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Kulim. Ianya dikelilingi oleh pusat perniagaan dan pentadbiran di sebelah Baratnya dan kawasan perumahan di sebelah Utara, Timur dan Selatannya. Dengan keluasan taman ini ialah 50 ekar dan sebahagian daripadanya adalah merupakan kawasan badan air yang berkeluasan dianggarkan 14.0 ekar.

Fungsi utamanya ialah sebagai Taman Tasik Awam dan Kolam Takungan Air bagi kawalan banjir Bandar Kulim. Sungai Tebuan yang bersumberkan airnya dari Empangan Bukit Besar serta alirannya merentasi kawasan tadahan yang meliputi Kampung Baru Bukit Besar, Kampung Darul Aman, Penempatan Jalan Pegawai, Kuarters Polis juga merupakan penyumbang utama air ke tasik ini.

Kedudukannya yang bersebelahan dengan Sungai Wang Pinang yang bersumberkan airnya dari kawasan bukan penempatan merupakan aset yang wajar dimanfaatkan untuk aktiviti rekreasi.

Sejarah Lokasi. Kawasan Taman Tasik Putra adalah salah satu Kawasan Bekas Lombong Bijih Timah. Ianya mula dibuka untuk aktiviti perlombongan pada tahun 1850an dan di sinilah bermulanya Pusat Bandar Kulim.

Selain daripada kawasan perlombongan bijih timah di kawasan Taman Tunku Putra, terdapat lagi kawasan Lombong bijih timah yang telah dibuka di kawasan Kulim pada masa itu terutamanya di Kampung Bukit Besar, Karangan, Terap dan Kelang Lama.

Kawasan bekal lombong di Taman Tunku Putra ini mula diberi perhatian untuk dijadikan Taman Awam sejak dilaksanakan berdasarkan kepada Pelan Induk Taman Tasik Putra Kulim. Program Agenda 21 Kulim telah banyak menyumbangkan kepada peri pentingnya taman ini untuk warga Kulim.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

  • Medan Selera
  • 'Jogging Trek'
  • Peralatan 'Out Door Gim'
  • Peralatan 'Physical Fittness'
  • Taman Permainan Kanak-Kanak
  • Dataran Aerobik
  • Padang
  • Tandas Awam
  • Tempat Letak Kereta

Rujukan[sunting | sunting sumber]