Tanah Minangkabau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tanah Minangkabau terletak di Sumatra Barat meliputi daerah Padang, Luhak Nan Tigo dan sekitar Gunung Merapi. Asalnya adalah kawasan pertanian dan ternakan. Banyak cerita lisan yang menyebut mengenai asal nama Minangkabau. Ada yang berkata perkataan itu berpunca daripada perkataan 'maingankabau' atau bermaksud 'memelihara kerbau' atau 'bergembala kerbau'. Satu lagi ialah daripada kisah pertentangan antara orang Majapahit (Jawa) dengan penduduk tempatan yaang diselesaikan melalui perlagaan kerbau di mana seekor kerbau besar milik orang Jawa dikalahkan oleh seekor kerbau kecil milik orang tempatan. Kemenangan itu disebut sebagai 'Minangkabau' atau 'menang kerbau'.