Tapak Ramsar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Tanah Lembap Kota Kinabalu, salah satu Tapak Ramsar di Malaysia

Tapak Ramsar (juga dikenali sebagai Konvensyen mengenai Tanah Lembap) merujuk kepada tapak atau kawasan tanah lembap yang ditetapkan mempunyai kepentingan antarabangsa di bawah Konvensyen Ramsar, suatu perjanjian alam sekitar antara kerajaan atau pemerintah yang ditubuhkan di Ramsar, Iran pada 2 Februari 1971. Penetapan ini menyediakan tindakan kebangsaan dan kerjasama antarabangsa mengenai pemuliharaan tanah lembap, dan penggunaan sumber itu secara lestari dan bijak. Ramsar mengenal pasti kepentingan antarabangsa, terutamanya yang menyediakan habitat bagi burung Anseriformes.

Setakat tahun 2022, terdapat 2,471 tapak-tapak Ramsar di seluruh dunia dengan keluasan melebihi 256,192,356 hektar (989,164.22 bt2)[1] dengan 171 kerajaan atau pemerintah menyertainya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ramsar Sites Information Service - Stats". Ramsar (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2023. Dicapai pada 25 Februari 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]