Tasik Khövsgöl

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tasik Khövsgöl
Khuvsgul.jpg
Koordinat51°06′N 100°30′E / 51.100°N 100.500°E / 51.100; 100.500Koordinat: 51°06′N 100°30′E / 51.100°N 100.500°E / 51.100; 100.500
Aliran keluar utamaSungai Eg
Negara lembanganMongolia
Panjang maks136 km (85 mi)
Lebar maks36.5 km (22.7 mi)
Luas permukaan2,760 km2 (1,070 bt2)
Kedalaman purata138 m (453 ka)
Kedalaman maks267 m (876 ka)
Isipadu air480.7 km3 (115.3 bt3)
Ketinggian permukaan1,645 m (5,397 ka)
KepulauanModon Khui, Khadan Khui, Modot Tolgoi, Baga Khui
PenempatanKhatgal, Khankh

Tasik Khövsgöl (Bahasa Mongolia: Хөвсгөл нуур, Höwsgöl núr; skrip Mongolia:Kobsogol naghur, köbsügül naɣur; Khövsgöl Nuur) merupakan tasik air tawar terbesar di Mongolia dari segi isi padu dan yang kedua terbesar dari segi keluasan.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama Khövsgöl berasal daripada frasa Turkik "Khob Su Kol" yang bererti "tasik dengan air agung".[1]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Tasik Khövsgöl terletak di barat laut Mongolia, berdekatan dengan sempadan Rusia dan di timur Pergunungan Sayan. Ia terletak pada 1,645 meter atas paras laut, dengan panjang 136 kilometer dan kedalaman 262 meter. Dari segi isi padu, Khövsgöl merupakan tasik air tawar kedua terbesar di Asia dan memegang 70% daripada jumlah air tawar di Mongolia dan 0.4% air tawar di dunia.[2] Petempatan Khatgal boleh ditemui di hujung selatan tasik ini.

Saliran keluar tasik ini kecil berbanding saiz tasik ini. Air tasik ini mengalir keluar melalui Sungai Eg di hujung selatan tasik yang mengalir ke Sungai Selenga dan kemudiannya ke Tasik Baikal.

Tasik Khövsgöl dikelilingi beberapa banjaran, dengan puncak tertinggi dalam pergunungan-pergunungan ini ialah Munku Sardig (3,492 meter) yang terletak di utara tasik, tepat pada sempadan Mongolia-Rusia. Permukaan tasik ini biasanya beku sepenuhnya pada musim sejuk dan cukup utuh untuk membenarkan pengangkutan darat merentasi tasik itu. Namun, perbuatan ini sudah dilarang bagi mengelakkan pencemaran akibat tumpahan minyak dan kenderaan yang tenggelam akibat tidak dapat ditampung permukaan ais.

Ekologi[sunting | sunting sumber]

Kapal-kapal di Tasik Khovsgol.

Tasik ini merupakan salah satu daripada 17 buah tasik purba di dunia, dengan umur lebih dari dua juta tahun dan merupakan salah satu yang paling bersih dalam kalangan tasik purba.[3] Khövsgöl juga merupakan takingan air minuman utama Mongolia, di mana airnya boleh diminum tanpa melakukan sebarang rawatan.

Dari segi biodiversiti, tasik ini tidak memiliki spesis ikan yang banyak berbanding Tasik Baikal. Spesis-spesis ikan yang terdapat dalam tasik ini termasuklah Perca fluviatilis, Lota lota, Brachymystax lenok dan Thymallus nigrescens, spesis ikan endemik di tasik ini yang kini dalam ancaman. Meskipun menghadapi pemburuan haram, Thymallus nigrescens masih banyak dijumpai dalam tasik tersebut.[4]

Kajian-kajian terkini menunjukkan tasik tersebut memiliki pencemaran plastik yang tinggi, terutamanya dari segi mikroplastik. Hal ini menunjukkan bahawa kawasan perkampungan juga berupaya menyebabkan pencemaran plastik tinggi seperti kawasan-kawasan lain.[5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shomfai, David Kara (2003) "Traditional musical life of Tuvans of Mongolia" in Melodii khoomei-III: 40, 80
  2. ^ "The Aquatic Invertebrates of the watershed of Lake Hovsgol in northern Mongolia". Institute for Mongolia Research Guide. Dicapai 2007-07-13. 
  3. ^ "Lake Hovsgol". worldlakes.org. Dicapai 2007-02-27. 
  4. ^ DIVER Magazine, March 2009 Diarkibkan 2010-02-03 di Wayback Machine.
  5. ^ "High-levels of microplastic pollution in a large, remote, mountain lake" Marine Pollution Bulletin, 15 Ogos 2014
  6. ^ "Why Pristine Lakes Are Filled With Toxins." BBC, 30 April 2018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]