Tatacara pengendalian piawai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tatacara pengendalian piawai (TPP atau SOP, daripada bahasa Inggeris: standard operating procedure) ialah suatu arahan kerja dan garis panduan terperinci berkenaan sesuatu tugas yang bertulis dan didokumentasikan. Tatacara pengendalian piawai menjelaskan cara sesuatu tugas perlu dilaksanakan dan tindakan yang perlu diambil menurut pendekatan yang seragam dan konsisten.[1] Di samping itu, ia juga bertujuan mengurangkan salah faham dan kegagalan mengikut peraturan perindustrian, perniagaan, pentadbiran dan sebagainya.

Kajian klinikal dan pengamalan[sunting | sunting sumber]

Dalam kajian klinikal, International Council for Harmonisation (ICH) menakrifkan tatacara pengendalian piawai sebagai "arahan yang ditulis secara terperinci untuk mencapai keseragaman prestasi suatu fungsi". TPP biasanya diterapkan dalam pemprosesan farmaseutikal dan juga kajian klinikal yang berkait. Dalam itu, ia menumpukan penerapan proses dan tatacara dan pendokumentasian yang tidak diubah secara berulang, justeru itu menyokong pengasingan perkara asal-usul, sebab dan kesan. Penerapan lanjut berlaku dengan triaj (proses saringan dan klasifikasi kes semasa kecemasan), apabila sumber terhad digunakan menurut penilaian berdasarkan taraf, kepentingan dan kemampuan kakitangan.[2] Pengarah kajian ialah pihak yang bertanggungjawab untuk TPP. Unit Jaminan Kualiti merupakan sekumpulan individu yang bertanggungjawab untuk memerhati sama ada laporan dan ujian kajian mengikut TPP. TPP juga boleh membekalkan pekerja dengan bahan rujukan bagi amalan, aktiviti atau tugas urus niaga yang lazim. Pekerja baharu boleh menggunakan TPP untuk menjawab soalan tanpa perlu bertanya penyelia mereka cara suatu pengendalian dilakukan. Piawai Kualiti Antarabangsa ISO 9001 memerlukan penentuan proses-proses (didokumentasikan sebagai tatacara pengendalian piawai) yang digunakan dalam proses pengeluaran yang boleh memberi kesan terhadap kualiti keluaran.[3]

Keselamatan kesihatan dan persekitaran[sunting | sunting sumber]

Tatacara digunakan secara meluas untuk membantu pekerja bekerja dengan selamat. Ini dinamakan penyataan kaedah kerja selamat. Ia didahului pelbagai kaedah penganalisisan tugas atau kerja yang perlu dilakukan dalam sebuah tempat kerja, termasuklah sebuah pendekatan dipanggil analisis keselamatan bekerja, di mana bahaya dikenal pasti dan kaedah pengawalannya dinyatakan. Tatacara mesti mengikut kesesuaian taraf kebolehfahaman pengguna, dan oleh itu, keterbacaan tatacara adalah penting.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ tatacara pengendalian piawai. (t.t.) Dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai 21 Jun 2020.
  2. ^ "McMurdo Station Medical Standard Operating Procedures as of 2006/06" (PDF). Diarkib daripada yang asal (PDF) pada March 14, 2016.
  3. ^ Guidance on the Documentation Requirements of ISO 9001:2008 Diarkibkan Oktober 15, 2011, di Wayback Machine
  4. ^ Taylor, G. (2012). Readability of OHS documents–A comparison of surface characteristics of OHS text between some languages. Safety science, 50(7), 1627-1635.