Tatakelakuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Tatakelakuan ialah satu set peraturan yang menggariskan tanggungjawab atau amalan yang baik untuk sesuatu individu atau pertubuhan. Konsep-konsep yang berkait termasuk tataetika dan tatamulia.

Dalam Panduan Amalan Baik Antarabangsa 2007, "Mentakrifkan dan Mengembangkan Tatakelakuan yang Berkesan untuk Pertubuhan", Persekutuan Akauntan Antarabangsa memberikan definisi kerja seperti yang berikut:

"Prinsip, nilai, piawai, atau peraturan tingkah laku yang memandu keputusan, tatacara, dan sistem sesebuah pertubuhan dengan cara yang: (a) memberi sumbangan kepada kebajikan entiti berkepentingan utama; dan (b) menghormati hak semua pihak yang terjejas oleh operasinya."


Contoh[sunting | sunting sumber]