Pergi ke kandungan

Teater

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Panggung opera
Persembahan Harlequin and Columbine di Denmark

Teater (Jawi: ‏تياتر‎‎) atau wayang (Jawi: ‏وايڠ‎‎)[1] ialah persembahan-persembahan kesenian di hadapan penonton secara langsung menggabungkan pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya termasuk lakonan di atas pentas[1] atau pertunjukan barang-barang untuk menggambarkan cerita yang disampaikan. Terdapat pelbagai jenis persembahan teater. Antaranya ialah opera, balet, pantomim, wayang Cina, wayang kulit dan wayang beber.[1]

Selain itu, menurut Prof. Datin Dr. Rahmah Hj. Bujang dalam bukunya yang berjudul Glosari Kesenian Melayu, teater ialah sebarang perlakuan kisah atau cerita dalam satu kawasan yang ditentukan sebagai pentas untuk perlakuannya dan menuntut pergerakan fizikal; dengan mempunyai komponen aksi dan reaksi para pelaku, iaitu para pelakon, dan pemerhati, iaitu audiens atau penontonnya.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Perkataan "wayang" itu adalah kata kembar dengan perkataan "bayang" melalui bahasa Jawa (ꦧꦪꦁ bayang) yang pada asalnya bermaksud "patung".[2]

  1. 1 2 3 Wilkinson 1932, jilid II, m/s. 648.
  2. ↑ Nothofer 2009, m/s. 30.

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]
  • Nothofer, Bernd (2009). "Patut dan turut; dua dan separuh; datar dan rata: kata warisan atau kata pinjaman? Catatan mengenai etimologi kosakata Melayu". Jurnal Ilmiah Masyarakat Linguistik Indonesia. 27 (1): 23-43.[pautan mati kekal]
  • Wilkinson, Richard James (1932). A Malay-English dictionary (romanised). Jil. II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis – melalui Trove, Perpustakaan Negara Australia.