Tebatan banjir di Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tebatan banjir ialah tindakan mengurangkan jumlah atau isu padu air sungai di bahagian hulu sebelum sungai memasuki pusat bandar raya.

Program Tebatan Banjir Lembah Sungai Klang merupakan sebahagian ikhtiar JPS mengatasi masalah banjir di Kuala Lumpur. Tebatan ini telah dirancang sejak Rancangan Malaysia ke-8 lagi.

Punca banjir pada 10 Jun 2007 ialah kapasiti air Sungai Klang meningkat kerana air Empangan Klang Gates adalah 190 cumec (meter padu sesaat), manakala air Sungai Ampang 100 cumec.

Kolam takungan[sunting | sunting sumber]

Kolam Kampung Berembang di pertemuan Sungai Klang dan Ampang menerima air sebanyak 280 cumec dari 290 cumec (gabungan Sungai Klang dan Ampang) dilencongkan melalui Terowong Smart ke Kolam Taman Desa.

Hanya 10 cumec air dari Sungai Klang dilepaskan yang kemudian bergabung dengan air Sungai Bunus sebanyak 45 cumec ke pertemuan Sungai Klang dan Gombak di Masjid Jamek Kuala Lumpur [1]

Pengarah Bahagian Tebatan Banjir JPS, Datuk Abd Rahim Kaparawi memberi jaminan dengan siapnya laluan air Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (Smart) ,Kolam Takungan Batu di Sungai Batu dan Kolam Takungan Jinjang di Sungai Jinjang banjir tidak berlaku lagi di KL.

Walaupun hujan lebat pada tahap hujan ulangan 80 tahun (hujan paling lebat dalam tempoh 80 tahun), bandar raya tidak akan tenggelam lagi.

Kolam takungan Kampung Benteng (Sungai Keroh) dan Kampung Puah (Sungai Gombak) bermula kerana tidak ada peruntukan. Jika dua projek ini siap, banjir akibat hujan ulangan 100 tahun boleh diatasi.

Biasanya dalam tempoh 100 tahun , sekali hujan lebat melampau akan berlaku. Di Kuala Lumpur, jika kadar kelebatan hujan kira-kira 200mm, ia sudah menghampiri hujan ulangan 100 tahun. Kalau 50 tahun, mungkin 120mm, lima tahun mungkin lebih rendah, iaitu 70mm.

Terowong Bestari[sunting | sunting sumber]

Terowong Bestari ialah nama baru bagi Terowong Smart atau Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (Smart) .

Terowong Bestari sahaja tidak memadai. Pembinaan terusan lebih mahal daripada terowong bestari.

Terowong Bestari dipercepatkan pembinaan dan dijangka pada 30 Jun 2007. Terowong Bestari boleh mengambil 90 peratus air dari Sungai Klang dan baki 10 peratus melalui pusat bandar raya. Kapasiti sungai di Kuala Lumpur sekarang hanya boleh menerima jumlah yang kecil.

Terusan bukan pilihan terbaik[sunting | sunting sumber]

Terusan tidak dibina di Kuala Lmpur kerana akan menjejaskan pemandangan di Kuala Lumpur. Terusan adalah tali air di sawah padi atau sungai. Warga kota mahu sungai yang sedia ada dikurangkan , bukan ditambah.

Terusan lebih panjang berbanding dengan terowong. Pembinaan terowong dilihat lebih canggih dan boleh mendapat pengiktirafan dunia.

Jika teknik terusan tradisional ini dibina, bentuknya lebih lurus, tepi tebing dibenteng , lebih dalam dan banyak bangunan tidak dapat dibina di tepi terusan. Sepanjang terusan akan dipagar bagi menjaga keselamatan warga kota.

Banyak bangunan terpaksa diroboh , pejabat dan kedai terpaksa dipindahkan. Pampasan terpaksa dibayar oleh kerajaan dan mungkin dibawa ke mahkamah kerana pampasan tidak memadai. Olhe itu kos membina terusan lebih mahal berbanding terowong. Jika Terowong Bestari 14 km menelan kos RM1.9 bilion , tentulah kos terusan lebih mahal.

Dalam hal ini DBKL tersilap langkah 30 tahun dahulu, tidak menjadikan sungai sedia ada sebagai terusan. Ketika itu sepatutnya sungai-sungai ini didalam dan lebih lebar .Sepatutnya Bangunan pencakar langit tidak dibenarkan dibina di tepi-tepi sungai.

Tiada peruntukan[sunting | sunting sumber]

JPS memerlukan peruntukan RM 20 bilion untuk mengatasi masalah banjir di Kuala Lumpur. Tetapi dalam setiap Rancangan Malaysia , JPS hanya menerima RM1 bilion atau RM2 bilion sahaja untuk tempoh lima tahun.

Kolam takungan[sunting | sunting sumber]

Tanpa kolam takungan, pembangunan dikatakan tidak terancang dan tidak mengambil kira faktor kapasiti air hujan di Malaysia. Apabila banjir berlaku, JPS dituding berkali-kali. <ref http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Rencana/20070616235547/Article/ /ref>

Setiap projek baru atau taman perumahan memerlukan kolam takungan, tidak boleh tidak. Malangnya kolam takungan tidak disertakan dalam pelan struktur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Penguatkuasaan dan kemestian membina kolam takungan oleh pemaju perumahan hampir tiada. Kolam takungan dianggap membazirkan ruang .

Bekas lombong sedia ada boleh berfungsi sebagai kolam takungan. Malangnya banyak lombong di Kuala Lumpur telah dikambus .

Kolam takungan tidak boleh berfungsi sebagai taman rekreasi kerana ia berbahaya apabila hujan berlaku. Penduduk juga menjadikan lombong sebagai kawasan penempatan setinggan yang strategik. Selagi ada lombong dan sungai , selagi itulah ada rumah setinggan.

Kerja tanah[sunting | sunting sumber]

Pemaju perumahan atau projek mengambil mudah tentang aspek kerja tanah, Akibatnya hakisan tanah berlaku dan sedimen mendap ke dalam parit dan sungai. Sungai menjadi cetek , berkelodak dan menjadi perangkap kelodak dan sampah.

Kerja tanah di Kuala Lumpur mungkin baik, tetapi tidak di Selayang dan Ampang yang diluar kawalan DBKL. Lori sampah yang dilantik oleh pemaju dengan mudah pula membuang sampah ke dalam parut dan sungai. Sampah oleh pemaju lebih banyak dan berat berbanding sampah setinggan. Pnguatkuasaan di bawah bidang PBT dan bukan JPS.

Alternatif[sunting | sunting sumber]

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Keizrul Abdullah menyenaraikan beberapa langkah lain mengatasi masalah banjir di Kuala Lumpur.<ref http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20070613095022/Article/ /ref>

  • Pembinaan empangan storan
  • Sistem pam
  • mendalam dan melebarkan Sungai Klang dan cabangnya
  • Memperkukuhkan benteng sungai
  • Mengadakan lencongan banjir
  • Menaik taraf sistem ramalan dan amaran banjir.