TechSoup

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
TechSoup
Maklumat am
JenisTeknologi bukan untung
Ibu pejabatSan Francisco
Penubuhan
PengasasDaniel Ben-Horin
AsalCompuMentor Project
Identiti
Orang pentingPengasas dan Ketua Instigator: Daniel Ben-Horin
CEO: Rebecca Masisak
FokusPendermaan Teknologi dan Perkhidmatan Data
HasilAS$30,8 juta
Pekerja203
Laman sesawangmeet.techsoup.org
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

TechSoup, diasaskan pada tahun 1987 dengan nama CompuMentor dan kemudian dikenali sebagai TechSoup Global, ialah sebuah rangkaian pertubuhan bukan untung antarabangsa yang menyediakan peralatan teknologi dan sokongan teknikal untuk pertubuhan bukan untung lain.[1][2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Setelah membincangkan keperluan teknologi dari pertubuhan bukan untunh dengan WELL, Daniel Ben-Horin juga mengasaskan CompuMentor (kemudian TechSoup). Tujuan CompuMentor ialah sebagai wadah untuk sukarelawan yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi ("mentor") untuk membantu organisasi bukan untung lain berurusan dengan teknologi maklumat. CompuMentor kemudian mula mengumpulkan sumbangan dalam bentuk produk teknologi, terutama dari majalah teknologi yang mempunyai stok perisian yang besar yang tidak lagi diperlukan setelah disemak. CompuMentor kemudian menyediakan perisian tersebut kepada pertubuhan bukan untung lain, dengan hanya bayaran pentadbiran sebanyak $5.[2][3][4]

Pada tahun 1997, CompuMentor menerima dana sebanya $350.000, dan bergabung dengan IT Resource Center untuk membentuk Penyedia Bantuan Teknologi Bukan Untung terbesar di Amerika Syarikat.[5]

Pada 9 Mei 2000, laman web TechSoup, www.techsoup.org dilancarkan secara rasmi.

Pada tahun 2008, pertubuhan ini bertukar nama kepada TechSoup Global.[6]

Pada tahun 2016, TechSoup mencatatkan pendapatan sebesar $30,8 juta. Pertubuhan ini menyediakan perkhidmatan bantuan teknologi dan perkhidmatan pengesahan pertubuhan bukan kerajaan untuk NGO, yayasan, perpustakaan dan organisasi sivik lain di seluruh dunia melalui perkongsian dengan syarikat seperti Microsoft, Adobe, Cisco, dan Symantec. Melalui kerjasama dengan Microsoft, pertubuhan ini membentuk TechSoup Global Network untuk meningkatkan pengagihan perkhidmatan kepada pertubuhan bukan untung.[2][7][8][9][10]

TechSoup Global Network memiliki Fundacja TechSoup, sebuah "pusat serantau" bebas yang diasaskan oleh TechSoup Global. Fundacja TechSoup beribu pejabat di Warsawa, Poland, dan memberikan perkhdmatan di 48 negara di Eropah.[11][12]

Program utama[sunting | sunting sumber]

TechSoup.org[sunting | sunting sumber]

Dilancarkan pada Januari 2002, TechSoup.org ialah laman web yang menyediakan latihan webinar, forum komuniti, dan sumber lain yang berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam organisasi bukan keuntungan dan perpustakaan awam. TechSoup bekerjasama dengan Microsoft untuk mengedarkan sumbangan produk Microsoft ke peringkat global,[13][14] dan membantu menghubungkan organisasi bukan untung dengan syarikat penderma lain seperti Adobe, Symantec, Cisco, dan Intuit. TechSoup.org juga mengesahkan status organisasi bukan keuntungan yang mengumpulkan derma dan memadankannya dengan sumbangan produk teknologi yang sesuai.[15][16]

GuideStar International[sunting | sunting sumber]

GuideStar International ialah perkhidmatan global yang menyediakan akses terbuka ke data NGO yang tepat. GSI bermula pada tahun 2010 ketika TechSoup Global dan GuideStar International, sebuah pertubuhan amal dari United Kingdom yang mempromosikan ketelusan dan pelaporan peetubhan sosial masyarakat, menggabungkan operasi mereka.[1]

NGOsource[sunting | sunting sumber]

NGOsource, sebuah projek dari Council on Foundations dan TechSoup Global, ialah perkhidmatan dalam talian yang dapat membantu penerima bantuan dari Amerika Syarikat untuk mendapatkan pengiktirafan kesetaraan, dalam bentuk perakuan untuk menjelaskan bahawa pertubuhan bukan kerajaan dari luar Amerika Syarikat setara dengan pertubuhan bukan kerajaan dari Amerika Syarikat, sehingga mengurangkan kerumitan dan kos pemberian dana antarabangsa.[17] Dilancarkan pada Mac 2013, perkhidmatan ini membantu penerima dari Amerika Syarikat untuk mempermudah aktiviti dermawan global mereka.[18] Berdasarkan maklumat di laman webnya, NGOsource aktif di 126 negara di seluruh dunia setakat pada 2018.[19]

NetSquared[sunting | sunting sumber]

NetSquared mengatur pelakon tempatan untuk berkolaborasi dalam cabaran inovasi terbuka, serta pertemuan tatap muka bulanan. NetSquared menyatukan aktivis dan organisasi bukan untung, pendana dana dan pemimpin teknologi, untuk menggunakan teknologi untuk membuat perubahan sosial. NetSquared disusun dalam beberapa wilayah yang mengadakan perjumpaan bulanan. Wilayah ini boleh menggunakan sebilangan nama, termasuk Tech4Good atau NetSquared Chicago.[20] Cabaran "ReStart Slovakia" di NetSquared memberikan pengiktirafan dan mengumpulkan dana untuk membantu melancarkan projek "Open Courts" yang bertujuan untuk mendorong ketelusan dalam sistem keadilan di Slovakia.[21]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Guidestar International and TechSoup Global Combine". Nonprofit Quarterly. April 15, 2010.
  2. ^ a b c Gilpin, Lyndsey (June 23, 2015). "10 awesome technology nonprofits you should know about". Tech Republic.
  3. ^ Markoff, John (April 13, 2008). "When Tech Innovation has a Social Mission". New York Times.
  4. ^ Guthrie, Julian (March 22, 2009). "TechSoup sees upside for nonprofits in downturn". SF Gate.
  5. ^ McInerney, Paul-Brian (January 1, 2014). From Social Movement to Moral Market. ISBN 9780804789066.
  6. ^ Mills Groninger, Tim (May 15, 2011). "Disconnecting from the network". Nonprofit Times.
  7. ^ Nauffts, Mitch (May 2, 2006). "Daniel Ben-Horin, Founder/President of CompuMentor: Philanthropy and the Next-Generation Web". Philanthropy Digest.
  8. ^ "2016 Year in Review". Annual Report. 2016.
  9. ^ Cheney, Catherine (November 25, 2015). "As tech moves toward shared value, what is the role for bridge builders?". Devex.
  10. ^ Freda, Diane (September 24, 2015). "IRS Gives OK to Outside Good-Faith Determinations for Foundations". Bloomberg BNA.
  11. ^ "Foundation TechSoup". National Forum of Nongovernmental Initiatives. 2014.
  12. ^ "Strengthening Institutional Capacity to Provide ICT Support to NGOs in CEE/Russia: Fundacja TechSoup". Charles Stewarrt Mott Foundation. 2015.
  13. ^ Hutsko, Joe (2009). Green Gadgets for Dummies. John Wiley & sons. ISBN 9780470528914.
  14. ^ Schuster, Shawn (March 16, 2015). "How your church can accept electronic offerings". Gospel Herald.
  15. ^ Cohen, Rick (October 24, 2013). "The medium data alliance between Guidestar and the Foundation Center: Get your information here". The Nonprofit Quarterly.
  16. ^ Badshah, Akhtar (July 27, 2011). "Expanding Microsoft software donations for more nonprofits". Microsoft Citizenship blog TechNet.
  17. ^ "Treasury and IRS Rule Changes Reduce Barriers to Global Grantmaking", NGOsource, September 24, 2012 Diarkibkan November 4, 2012, di Wayback Machine
  18. ^ "Explanation of Proposed Treasury Regulations: Reliance Standards for Making Good Faith Determinations of Equivalency Determinations", Council on Foundations, September 24, 2012 Diarkibkan Disember 4, 2013, di Wayback Machine
  19. ^ NGOsource About Us
  20. ^ Padmanabhan, Geeta (January 15, 2014). "So where do you belong?". The Hindu.
  21. ^ In Slovakia, a Website Shines the Spotlight on Infamously Corrupt Judiciary Diarkibkan 2020-07-10 di Wayback Machine TechPresident, July 31, 2013