Teen Vogue

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Teen Vogue
Editor-in-ChiefAmy Astley
KategoriMajalah remaja
KekerapanBulanan
PenerbitGina Sanders
Jumlah edaran
(2011)
1,029,336[1]
Isu pertamaGwen Stefani (Februari/Mac 2003)
SyarikatCondé Nast Publications
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Laman webwww.teenvogue.com
ISSN1540-2215

Majalah Teen Vogue dahulunya dimulakan dengan versi majalah Vogue. Versi majalah ini adalah untuk remaja perempuan. Majalah A.S. ini menumpukan kepada fesyen dan selebriti yang menawarkan maklumat tentang berita terbaru mengenai hiburan, isu-isu semasa serta peristiwa.

Butiran[sunting | sunting sumber]

Majalah ini disiarkan dalam format yang lebih kecil iaitu 6¾"x9" serta mempunyai saiz muka hadapan yang unik dan terserlah apabila diletakkan di rak hadapan pelantar yang menjual majalah. Majalah ini juga mempunyai konsep kedai bersekutu yang dipanggil "The Haute Spot" yang terletak di pusat membeli belah The Westchester, Westchester, New York.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Majalah ini mengikut prinsip asas untuk majalah remaja dan menampilkan gaya "Vogue". Majalah ini juga mempunyai topik yang lebih serius seperti perbincangan tentang kehamilan remaja.

Sekali setahun, Teen Vogue menjadi tuan rumah kepada sebuah parti terbitan Young Hollywood pada musim luruh. Teen Vogue Young Hollywood party adalah acara yang selalunya dihadiri oleh masyarakat di Los Angeles.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]