Teluk Walvis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Pandangan udara Teluk Walvis

Teluk Walvis (Bahasa Inggeris: Walvis Bay; Afrikaans: Walvisbaai; Jerman: Walfischbucht atau Walfischbai) adalah nama teluk dan bandar di Namibia yang terletak di pesisiran teluk itu. Bandar ini terletak di tengah-barat Namibia dan teluk itu pula itu terletak di sepanjang Lautan Atlantik. Bandar Walvis Bay adalah bandar kedua terbesar di Namibia dan bandar pesisiran pantai terbesar di negara ini. Bandar ini meliputi kawasan seluas 29 kilometer persegi (11 km persegi) tanah.

Teluk ini merupakan tempat perlindungan yang selamat untuk kapal laut kerana pelabuhan air dalamnya yang semula jadi, dilindungi oleh lempengan pasir Pelican Point, menjadi satu-satunya pelabuhan semula jadi di sepanjang pesisiran pantai Namibia. Teluk ini kaya dengan kehidupan plankton dan laut, perairan ini juga menarik sejumlah besar ikan paus southern right whales, dan juga ikan paus lain.

Penjajah telah datang silih berganti mengembangkan lokasi dan sumber penempatan pelabuhan strategik ini. Nilai pelabuhan ini sebab ia berdekatan jalan laut di sekitar Tanjung Harapan telah menarik perhatian kuasa dunia sejak ditemui oleh dunia luar pada tahun 1485. Ini menjelaskan status politik Teluk Walvis yang rumit selama bertahun-tahun.