Tembak gawar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Helikopter Pengawal Pantai Amerika Syarikat melepaskan tembak gawar ke arah bot yang tidak patuh semasa latihan.

Dalam konteks ketenteraan dan polis, tembak gawar ialah bedilan artileri atau tembakan senjata api yang tidak berbahaya dengan niat untuk melaksanakan pematuhan dan perintah terus kepada pelaku atau pasukan musuh bersifat seteru. Ia diiktiraf sebagai menandakan konfrontasi yang dimaksudkan di darat, laut, dan udara.

Sebagai analogi, "tembak gawar" boleh dikatakan sebagai sebarang tindakan pengisytiharan, terutamanya pertunjukan kuasa, yang diniatkan atau dinampakkan sebagai amaran terakhir sebelum tindakan seteru.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Tentera laut[sunting | sunting sumber]

Semasa abad ke-18, tembak gawar boleh dilepaskan ke arah mana-mana kapal yang "warnanya" (kewarganegaraannya) perlu dipastikan. Menurut undang-undang laut, kapal yang ditegur itu terpaksa mengibarkan benderanya dan mengesahkannya dengan tembakan. Tembak gawar masih boleh digunakan pada zaman moden untuk memberi isyarat kepada kapal supaya berhenti atau menjauh dan boleh dilepaskan dari kapal, bot, atau pesawat lain.[1][2]

Tentera udara[sunting | sunting sumber]

Tembak gawar juga digunakan dalam penerbangan tentera, untuk menuntut beberapa tindakan daripada pesawat yang tidak berbalas dan dianggap seteru; tuntutan yang paling biasa adalah untuk pesawat tersebut menukar haluan. Satu alasan untuk bertembak gawar adalah kerana patrum pengesan sangat terang dan akan segeranya mendapat perhatian anak kapal yang radionya rosak, atau yang mungkin tidak menyedari siaran radio. Tujuan bertembak gawar adalah untuk menunjukkan keupayaan untuk menembak, dan mengancam anak kapal pesawat yang tidak berbalas bahawa mereka akan ditembak jatuh jika mereka tidak mematuhi tuntutan.

Tentera darat[sunting | sunting sumber]

Tembak gawar juga boleh digunakan oleh tentera darat, untuk menyuraikan orang ramai[3][4] atau untuk memberi amaran kepada ancaman untuk menarik diri. Tentera tertentu mewajibkan tembak gawar dalam usaha untuk meredakan keadaan. Sebagai contoh, menurut Peraturan penyerangan oleh IDF, askar yang diancam mati dikehendaki melepaskan dua das tembakan gawar ke udara sebelum menembak ke kawasan yang tidak boleh membawa maut.[5]

Penguatkuasaan undang-undang[sunting | sunting sumber]

Pegawai polis boleh menggunakan tembak gawar dari senjata sisi mereka dalam keadaan tertentu untuk menyahcetuskan keadaan berbahaya. Tembakan sebegitu lazimnya hanya digunakan lewat dalam tertib penggunaan kekerasan dan serupa dengan penggunaan kekerasan maut langsung, kerana melepaskan tembakan gawar membawa risiko tertentu.[6] Pertimbangan utama yang perlu dilakukan oleh pegawai sebelum melepaskan tembakan gawar ialah tembakan yang dilepaskan secara mendatar atau ke tanah boleh melantun dari permukaan keras dengan cara yang tidak dapat diramalkan, manakala tembakan di udara boleh bergerak jauh dan terkena di tempat yang tidak dapat diramalkan; kedua-duanya boleh menyebabkan kebahayaan kepada hartabenda dan orang berdekatan. Tambahan ke atas risiko ini, tembak gawar mungkin mempunyai kesan mencetus dan bukannya menyahcetus; jika sasaran menganggap tembakan itu bukan sebagai amaran tetapi sebagai cubaan yang disengajakan tetapi gagal dalam membunuh mereka, mereka mungkin akan membalas dengan kekerasan. Pegawai lain di kawasan itu mungkin juga menganggap tembak gawar sebagai tembakan yang disengajakan dan bertindak membalas. Penyampaian niat pegawai secara lisan kepada sasaran dan pegawai lain boleh mengurangkan risiko pencetusan.

Sama ada tembak gawar harus digunakan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang ialah persoalan untuk diperdebatkan. Penyokongnya berhujah bahawa tembak gawar boleh menghalang kematian dan kecederaan dalam tembak-menembak polis dengan membenarkan langkah perantaraan terakhir dan peluang terakhir untuk penyahcetusan sebelum penggunaan kekerasan maut dalam tertib penggunaan kekerasan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa keadaan di mana tembak gawar digunakan mempunyai kesan penyahcetusan.[7] Terry Cunningham dari Persatuan Ketua Polis Antarabangsa mengulas bahawa tembak gawar memberi pegawai lebih banyak ruang berunding ketika ancaman.[8] Penentang tembak gawar menegaskan tentang risiko hakiki, serta berhujah bahawa kemungkinan melepaskan tembak gawar merumitkan proses membuat keputusan pegawai polis dalam menggunakan kekerasan maut. Keadaan yang memerlukan tembak gawar sudah menjaminkan penggunaan kekerasan maut dengan segera.

Pelbagai agensi, seperti Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas dan Polis Negara Paraguay khususnya melarang penggunaan senjata api maut untuk melepaskan tembakan gawar.[9] Agensi lain seperti Polis Negeri Sachsen Hilir, Polis Negara Belanda, dan konstabel England dan Wales membenarkan penggunaan tembak gawar dengan cara berhati-hati yang tidak membahayakan orang.[10][11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ U.S. Coast Guard HITRON Jacksonville
  2. ^ "Navy-Contracted Vessel Fires Warning Shots on Fast Boats in Persian Gulf". Fox News.
  3. ^ "Turkish army fires warning shots, tear gas at villagers protesting against a marble quarry". The Observers - France 24 (dalam bahasa Inggeris). 2021-05-28. Dicapai pada 2021-12-01.
  4. ^ www.bloomberg.com https://www.bloomberg.com/news/articles/2021-11-27/french-troops-in-niger-fire-warning-shots-to-disperse-crowd. Dicapai pada 2021-12-01. Missing or empty |title= (bantuan)
  5. ^ "IDF Rules of Engagement in Occupied Territories" (PDF). B'Tselem. July 1990. m/s. 12.
  6. ^ "Guidelines on use of force" (PDF). Amnesty International.
  7. ^ "Warning shots revisited". D E Mulroy; J Santiago - Law and Order Volume:46 Issue:4 - April 1998 - Pages 96-99.
  8. ^ "Police warning shots may be in for a comeback". Martin Kaste, NPR.
  9. ^ "Use of Force" (PDF). United States Department of Justice.
  10. ^ "Discharge of firearms". College of Policing.
  11. ^ "Schieten door de politie (in Dutch)".