Tentera Darat Keempat Belas (United Kingdom)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Darat Ke-14
Lencana bahu, Tentera Darat Ke-14
Aktif1943–1945
NegaraUnited Kingdom
CawanganTentera Darat British
Tentera India British
Nama samaranThe Forgotten Army ("Tentera yang Dilupakan")
PertempuranKempen Burma
Pertempuran agungBurma
Komander
Komander
terkenal
Leftenan Jeneral Sir William Slim
Potret Jeneral Slim sebagai panglima tentera Darat Ke-14, dipesan oleh kementerian Penerangan United Kingdom

Tentera Darat Ke-14 British (Inggeris: 14th Army) ialah sebuah angkatan pelbagai negara-negara Komanwel semasa Perang Dunia Kedua. Banyak unit-unit ketumbukan ini datang daripada Tentera Darat India selain sumbangan daripada divisyen-divisyen Afrika Timur dan juga Afrika Barat yang berkhidmat dalam Tentera Darat British.

Tentera ke-14 sering disebut "Tentera yang Dilupakan" kerana operasi-operasi dalam Kempen Burma sering tidak mendapat perhatian oleh akhbar sezaman, justeru ia kekal kabur lama selepas tamatnya Perang berbanding formasi-formasi setara yang menjalankan operasi di Eropah.

Buat tempoh yang lama kewujudannya, Tentera Ke-14 diperintah oleh Leftenan Jeneral William Slim.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Tentera ini ditubuhkan di India timur dalam tahun 1943. Dengan tertubuhnya Pemerintahan Asia Tenggara (Inggeris: South East Asia Command) pada lewat tahun 1943, Tentera Darat Timur (Eastern Army) yang mengawal operasi menentang tentera Jepun di Burma, dan yang juga menggalas tanggungjawab kawasan belakang, dibahagikan kepada dua. Pemerintahan Timur (Eastern Command) (melapor kepada Markas Am India, GHQ India) mengambil alih tanggung jawab bagi kawasan belakang yang terdiri daripada wilayah-wilayah Bihar, Odisha dan kebanyakan wilayah Bengal. Tentera Ke-14, sebahagian daripada Grup Tentera Darat Ke-11 British (11th Army Group), mengambil alih tanggungjawab melaksanakan operasi menentang Jepun.

Panglima atau komander Tentera Ke-14 ialah Leftenan Jeneral William Slim. Formasi-formasi utama di bawah pemerintahan Tentera ke-14 terdiri daripada IV Kor di Assam dan XV Kor di Arakan. Pada awal tahun 1944, Tentera Ke-14 juga mengawal operasi unit-unit Amerika dan Pemerintahan Wilayah Tempur Utara (Northern Combat Area Command) China, dan juga operasi pasukan Chindit yang beroperasi di belakang garisan musuh di bawah pemerintahan Mejar Jeneral Orde Wingate.

Pertahanan India[sunting | sunting sumber]

Dalam awal tahun 1944, Pihak Berikat mula membuat kemaraan ke dalam Burma. Jepun bertindak balas dengan gerakan ofensif besar-besaran yang bertujuan untuk memusnahkan tentera Berikat di dalam kawasan-kawasan pangkalan mereka.

Gerakan pertama Jepun ialah sebuah serangan subsidiari di Arakan, di mana XV Kor sedang mara ke selatan dengan perlahan. Selepas Berikat mengalami kekalahan awal, yang melihat Markas divisyen India tumpas, unit-unit yang terkepung berjaya menewaskan pihak Jepun dalam Pertempuran Admin Box. Satu faktor penting dalam kejayaan ini ialah kemampuan membekalkan unit-unit yang terputus hubungan dengan menggunakan pesawat udara.

Gerakan serangan utama Jepun dilancarkan pada medan tengah di Assam. Sementara sebuah divisyen mara ke Kohima untuk menyisihkan Kor IV, ketumbukan utama Jepun cuba untuk mengepung dan memusnahkan Kor IV dalam Imphal. Oleh kerana serangan Jepun di Arakan telahpun gagal, unit-unit yang berpengalaman diterbangkan dari Arakan untuk membantu pasukan-pasukan yang terkepung di Assam. Juga, Kor XXXIII digerakkan dari selatan India, di mana mereka berlatih untuk operasi-operasi amfibi, untuk mengambil alih garison di Kohima dan kemudiannya bergerak ke Imphal dan membantu unit-unit di sana.

Pertempuran-pertempuran yang berlangsung mengakibatkan kekalahan teruk pada pihak Jepun. 85,000 anggota Jepun mengalami kecederaan/korban, kebanyakannya akibat penyakit selepas kehabisan bekalan. Pihak Berikat menerima bekalan terus-menerus melalui udara. Operasi pembekalan ini merupakan operasi pembekalan yang terbesar setakat itu.