Tentera Darat Imperial Jepun
Tentera Darat Imperial Jepun (IJA) 大日本帝國陸軍 Dai-Nippon Teikoku Rikugun | |
---|---|
![]() Bendera Tentera Darat Imperial Jepun | |
Aktif | 1867–1945 |
Negara | ![]() |
Kesetiaan | Maharaja Jepun |
Cawangan | Pasukan Udara Tentera Darat Imperial Jepun Bahagian Keretapi dan Perkapalan |
Jenis | Tentera darat |
Peranan | Angkatan tentera |
Keanggotaan | 6,095,000 anggota pada waktu kemuncaknya |
Perang/pertempuran | Perang China-Jepun Pertama Perang Jepun-Rusia Perang Dunia I Perang China-Jepun Kedua Perang Dunia II |
Komander | |
Ketua istiadat | Hirohito |
Komander ternama |
Yamagata Aritomo, Ōyama Iwao, Kotohito Kan'in, Hajime Sugiyama, Hideki Tojo, Yasuji Okamura, Shunroku Hata, Tadamichi Kuribayashi, Tomoyuki Yamashita, Masaharu Homma |
Tentera Darat Imperial Jepun (IJA) (Kyūjitai: 大日本帝國陸軍, Shinjitai: 大日本帝国陸軍, Romaji: Dai-Nippon Teikoku Rikugun), atau secara harfiahnya Tentera Darat Empayar Jepun Raya adalah nama rasmi angkatan tentera darat dalam Empayar Jepun bermula pada tahun 1871 sehingga 1945. Ia dikawal oleh Ketua Turus Am Tentera Darat Imperial Jepun dan Kementerian Perang Jepun, kedua-duanya adalah tertakluk di bawah perintah Maharaja Jepun sebagai Pemerintah Tertinggi tentera darat dan tentera laut. Kemudian sebuah Inspektorat Jeneral Pasukan Udara, menjadi agensi ketiga dan diletakkan di bawah seliaan tentera darat. Sewaktu zaman perang atau darurat nasional,fungsi pemerintahan maharaja akan dipusatkan didalam Markas Besar Imperial, iaitu sebuah badan bertindak yang mengandungi Ketua dan Timbalan Ketua Turus Am Tentera Darat, Menteri Perang, Ketua dan Timbalan Ketua Turus Am Tentera Laut, Menteri Tentera Laut, Inspektor Jeneral Pasukan Udara dan Inspektor Jeneral Latihan.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Majlis Tertinggi Perang (Jepun)
- Tentera Laut Imperial Jepun
- Pengawal Imperial Jepun
- Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan
- Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun