Terminal Bas Shahab Perdana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Terminal Bas Shahab Perdana yang terletak di Mergong, Alor Setar iaitu di Lebuhraya Sultanah Bahiyah berdekatan pasaraya Tesco Mergong dan Pasaraya KH merupakan stesen bas yang terbesar terdapat di negeri Kedah. Pada masa akan datang, Shahab Perdana akan bertukar wajah dan bertukar nama ke Shahab Sentral. Walau bagaimanapun, ia masih dalam perbincangan lagi.

Di sini terdapat 24 kaunter tiket bas ekspres ke seluruh bandar utama di Semenanjung Malaysia. Perkhidmatan teksi juga turut disediakan.