Tetap Ada Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Tetap Ada Cinta"
Single oleh Nazeera Sardi
Dikeluarkan pada10 November 2017 (Digital)[1]
FormatMuat turun digital, media penstriman
Dirakam pada2017
GenreBalada
Panjang3:55
SyarikatLB Entertainment, Warner Music Malaysia
PenulisOmar K, Ikhwan Fattana
PenerbitOmar K, Ikhwan Fattana

"Tetap Ada Cinta" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh pelakon wanita Malaysia, Nazeera Sardi. Ia dikeluarkan pada 10 November 2017 oleh LB Entertainment dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dalam temuramah bersama Harian Metro, Nazeera mendedahkan rakaman lagu "Tetap Ada Cinta" bermula secara kebetulan dan beliau berkata "Saya memang minat menyanyi, tetapi tidak pernah terfikir akan dapat peluang merakamkan single solo sendiri. Apatah lagi, menyanyikan lagu ciptaan Omar. Omar pun pada mulanya macam tidak percaya saya boleh menyanyi dengan baik. Maklumlah, kerjaya seni saya bermula sebagai pelakon".[2] Rakaman lagu ini dijalankan pada Ramadan 2017.[2] Tajuk lagu ini, bagaimanapun tidak terkandung di dalam lirik.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Lirik video lagu ini telah dimuatnaik di YouTube dan telah ditonton lebih 11,000 tontonan.[3]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

  • Muat turun digital[1]
  1. "Tetap Ada Cinta" – 3:55

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 10 November 2017 Muat turun digital[1]
Penstriman digital[4]
LB Entertainment

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Tetap Ada Cinta - Single". iTunes Malaysia (MY). 10 November 2017. Dicapai pada 15 April 2019.
  2. ^ a b Norhayati Nordin (7 Mac 2018). "Gigih kejar impian". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  3. ^ Norhayati Nordin (10 Mac 2018). Bukan untuk ‘dia’… Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2018.
  4. ^ "Tetap Ada Cinta - Single by Nazeera Sardi". Spotify. 10 November 2017. Dicapai pada 22 Mac 2018.