The Equalizer 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Equalizer 2
PengarahAntoine Fuqua
PenulisRichard Wenk
BerdasarkanThe Equalizer oleh
Michael Sloan
Richard Lindheim
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiOliver Wood
Disunting olehConrad Buff IV
Muzik olehHarry Gregson-Williams
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehSony Pictures Releasing[1]
Tarikh tayangan
  • 20 Julai 2018 (2018-07-20) (United States)
Masa tayangan
121 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$62–79 juta[2]
Pecah panggung$190.4 juta[3]

The Equaliser 2 (kadangkala The Equalizer 2 atau EQ2) ialah sebuah filem aksi-debaran vigilante Amerika 2018 yang diarahkan oleh Antoine Fuqua. Ia adalah sekuel kepada filem The Equalizer pada 2014 yang berdasarkan siri TV dengan nama sama, serta filem kedua dalam trilogi The Equalizer. Filem ini dibintangi Denzel Washington bagi watak utama, Pedro Pascal, Ashton Sanders, Melissa Leo, Bill Pullman, dan Orson Bean dalam peranan filem terakhirnya. Ia mengikuti bekas pegawai marin dan ejen Agensi Perisikan Pertahanan, Robert McCall ketika beliau mula membalas dendam selepas seorang rakannya dibunuh. Filem ini merupakan kerjasama keempat antara Washington dan Fuqua selepas Training Day (2001), The Equalizer (2014), dan The Magnificent Seven (2016).

Perbincangan tentang sekuel Equalizer bermula tujuh bulan sebelum tayangan filem pertama. Projek ini diumumkan secara rasmi pada April 2015. Penggambaran bermula pada September 2017 dengan bajet pengeluaran $62 juta, dan berlangsung di Boston serta kawasan lain di sekitar Massachusetts. Ia juga menandakan kali pertama Washington membintangi sekuel salah satu filem-filemnya.

The Equalizer 2 telah dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 20 Julai 2018 oleh Sony Pictures Releasing. Filem ini memperoleh kejayaan komersial seperti filem sebelumnya dengan kutipan $190 juta di seluruh dunia. Sekuel seterusnya bertajuk The Equalizer 3 telah dikeluarkan pada 1 September 2023.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Film Releases". Variety Insight. Variety Media. Diarkibkan daripada yang asal pada March 15, 2018. Dicapai pada April 19, 2018.
  2. ^ D'Alessandro, Anthony (July 22, 2018). "Shocker: 'Mamma Mia 2' Meets B.O. Waterloo As 'Equalizer 2' Is The No. 1 Winner That Takes It All With $35M+". Deadline Hollywood. Dicapai pada July 22, 2018.
  3. ^ "The Equalizer 2 (2018)". Box Office Mojo. Dicapai pada November 30, 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]