The Escape of the Seven

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Escape of the Seven
Fail:7 Escape poster.jpg
Genre
Ditulis olehKim Soon-ok[2]
PengarahJoo Dong-min[2]
Dibintangi oleh
Penggubah lagu tema
Kim Jun-seok[3]
  • Jeong Se-rin[3]
Negara asalSouth Korea
BahasaKorean
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalSBS TV
Laman sesawang

The Escape of the Seven [4] [5] ( Hangul7인의 탈출) ialah siri televisyen Korea Selatan akan datang yang dibintangi oleh Um Ki-joon, Hwang Jung-eum, Lee Joon, Lee Yu-bi, Shin Eun kyung, Yoon Jong-hoon, Jo Yoon-hee, dan Jo Jae-yoon . Ia berkisar tentang ketujuh-tujuh watak utama. Ia dijadualkan ditayangkan di SBS TV pada 15 September 2023, dan akan disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu pukul 22:00 (KST ). [6] Ia juga akan tersedia untuk penstriman di Viu. [5]


Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Siri ini berkisarkan tentang tujuh orang yang terlibat dalam kes seorang gadis yang hilang, serta dikaitkan dengan pelbagai pembohongan dan keinginan. Siri ini juga menggambarkan tentang perjalanan mencari kebenaran serta dendam berdarah yang menyerupai azab yang sangat berat.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Utama[sunting | sunting sumber]

Seorang lelaki yang mengendalikan syarikat platform mudah alih terbesar di Korea Selatan tetapi berselindung misteri. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu siapa dia. Dia terlibat dalam kes pelik dan ini membawa dia mendedahkan dirinya kepada umum.
Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penerbitan drama. Dia mahir dan agresif dalam pekerjaannya. Geum Ra-hee paling menghargai wang dan kejayaan dalam hidupnya dan dia akan mengambil apa-apa jalan untuk mencapainya. Untuk menerima perwarisan harta yang besar, dia cuba mencari anak perempuannya yang dia tinggalkan 15 tahun lalu.
Seorang lelaki yang pernah menjadi gangster. Dia tidak mempunyai impian atau harapan untuk hidupnya. Jika dia mempercayai seseorang sekali, dia akan mempercayai mereka untuk sebaiknya. Disebabkan ini, hidupnya dipenuhi dengan pengkhianatan yang terjadi padanya.
Seorang wanita muda ingin menjadi idola dan dia dikagumi oleh rakan-rakannya. Dia mempunyai kehidupan yang sempurna dengan penampilan yang cantik dan latar belakang keluarga yang kaya, tetapi dia mempunyai kelemahan. Kelemahannya ialah dia sentiasa berbohong. Hidupnya penuh dengan pembohongan.
  • Shin Eun-kyung sebagai Cha Ju-ran [6]
Seorang OB-GYN. Dia tinggal bersama Bang Chil-sung dan menyukai kekayaannya.
  • Yoon Jong-hoon sebagai Yang Jin-mo [6]
Ketua Pegawai Eksekutif Cherry Entertainment. Dia biasanya sopan, tetapi apabila kemarahannya meletup tiada siapa yang boleh menghalangnya. Dia sangat tamak dan akan melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan.
Seorang guru seni di sekolah. Dia berbohong untuk melindungi sesuatu yang berharga baginya dan dia menyebarkan khabar angin yang pelik di sekolah untuk menyembunyikan kelemahannya.
  • Jo Jae-yoon sebagai Nam Cheol-woo [9]
Ketua detektif Balai Polis Deokseon.

Pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Lee Deok-hwa sebagai Bang Chil-sung [6]
Seorang pemilik bangunan lelaki yang sangat kaya.
  • Yoon Tae-young sebagai Kang Ki-tak [10]
Ketua Pegawai Eksekutif Taebaek Entertainment yang dikawal oleh Jin-mo. Dia juga merupakan bekas bos Parti Pusat, kumpulan samseng yang berpusat di Seoul.
  • Jung Ra-el sebagai Bang Da-mi [11]
Seorang yang popular di sekolah dan kawan baik Mo-ne.
  • Min Young-ki sebagai Lee Hwi-so [12]
Bapa angkat Da-mi.
  • Seo Young-hee sebagai Park Nan-young [13]
Ibu angkat Da-mi.
  • Kim Ki-doo sebagai Joo Yong-ju [12]
Orang bawahan Jin-mo.
  • Ahn Eun-ho sebagai Hong Man-du [12]
Orang bawahan Jin-mo.
  • Han Bo-reum sebagai Noh Paeng-hee [14]
Seorang pemilik bar.
  • Jung Da-eun sebagai Ji-ah [12]
Seorang pembuli di Sekolah Menengah Perempuan Myeongju.
  • Eom Ji-yoon sebagai Yoo-jin [12]
Seorang pembuli di Sekolah Menengah Perempuan Myeongju.
  • Jang Ha-kyung sebagai So-yeon [12]
Seorang pembuli di Sekolah Menengah Perempuan Myeongju.
  • Kim Hyun sebagai Yoon Ji-sook [15]
ibu Mo-ne.
  • Eun Hae-sung sebagai Han Kyung-soo [16]
Adik sulung Mo-ne yang berkeperibadian yakin dan tegas.
  • Lee Eugene sebagai Han Cheong-soo [17]
Adik Mo-ne.
  • Im Seong-gyun sebagai Min Jae-hyuk [12]
Adik Do-hyeok.
  • Lee Jong-nam sebagai Jung Mi-so [12]
ibu Do-hyeok.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  • Ji Seung-hyun sebagai Um Ji-man [18]
Seorang timbalan pendakwa raya yang mempenyai watak yang penting dalam kes besar.
  • Lee Jung-hyun sebagai Baek Ik-ho [19]
Seorang tukang roti di pusat tahanan.
  • Lee Boo-young sebagai Pengarah Eksekutif Hwang [20]
Penolong dan pembantu eksekutif kepada Pengerusi Bang Chil-sung.

Penampilan istimewa[sunting | sunting sumber]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Pembikinan[sunting | sunting sumber]

Karya ini menghimpunkan pengarang Kim Soon-ok dengan pengarah Jo Dong-min buat kali ketiga selepas siri The Last Empress (2018) dan The Penthouse: War in Life [11](2020-21). [22] Siri ini akan diterbitkan oleh Bahagian Drama SBS yang dipanggil Studio S, dengan kerjasama Chorokbaem Media . Kos menghasilkan siri ini adalah kira-kira 46.2 bilion won (termasuk musim 1 dan 2).

Pada 24 Februari 2023, ia telah mendedahkan bahawa siri ini sedang bersedia untuk musim kedua. [23]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Pada 22 September 2022, pelakon telah dipilih dan disahkan dengan memulakan penggambaran untuk siri ini. [6] Penggambaran untuk musim pertama tamat pada 6 Julai 2023. Penggambaran untuk musim kedua bermula pada Julai 2023. [24]

Pada 5 Disember 2022, syarikat produksi memohon maaf kerana meletakkan kereta kecil secara haram di kaki lima dan membayar denda kepada Bahagian Pengurusan Tempat Letak Kereta Biro Sokongan Pentadbiran Pejabat Daerah. [25]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Kang, Seo-jeong (August 16, 2023). "더 파격적인 '김순옥 월드' 열린다..황정음→이유비 절대 악인 총출동 '7인의 탈출'" [More unconventional 'Kim Soon Ok World' opens...Hwang Jeong Eum→Lee Yoo Bee Absolute Evil's 'The Escape of the 7'] (dalam bahasa Korea). OSEN. Dicapai pada August 29, 2023 – melalui Naver.
  2. ^ a b c d "7인의 탈출". SBS (dalam bahasa Korea). Dicapai pada October 17, 2022.
  3. ^ a b "<7인의탈출>의 포스터가 공개되었습니다. 무비클로저는 첫 화의 믹싱을 마치고 추가적으로 음악 녹음을 진행하고 있습니다. 많이 기대해주세요. 음악감독 김준석 정세린 [Movie Closer]" [The soundtrack for "7 Escape" is being composed by Movie Closer - Music Director Kim Joon-seok and Jeong Se-rin]. m.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Movie Closer (무비클로저). 2023-08-24. Dicapai pada 2023-09-04.
  4. ^ The Escape of the Seven:
  5. ^ a b Viu Singapore [@ViuSG] (September 6, 2023). "Watch #ViuOriginal #TheEscapeoftheSeven S1 on Viu this 15 Sep!" (Twit). Dicapai pada September 8, 2023 – melalui Twitter.
  6. ^ a b c d e f g >
  7. ^ Park, Ro-sa (September 22, 2022). "이준, 김순옥 신작 '7인의 탈출' 합류" [Lee Jun joins Kim Soon-ok's new film '7 People's Escape] (dalam bahasa Korea). Ilgan Sports. Dicapai pada August 29, 2023 – melalui Naver.
  8. ^ Han, Hyun-jung (September 22, 2022). "조윤희, 김순옥 '7인의 탈출' 합류[공식]" [Cho Yoon-hee, Kim Soon-ok join '7 People's Escape' [Official]] (dalam bahasa Korea). Maeil Business. Dicapai pada August 29, 2023 – melalui Naver.
  9. ^ Hyun, Hye-sun (September 23, 2022). "흥행 메이커' 조재윤, '7인의 탈출' 출연 확정…김순옥 사단 합류" ['Box office maker' Jo Jae-yoon confirms casting in 'Escape of the 7'...joins Kim Soon-ok's unit] (dalam bahasa Korea). Seoul Economic Daily. Dicapai pada August 29, 2023 – melalui Naver.
  10. ^ Kim, Ji-woo (August 16, 2023). "'7인의 탈출' 김순옥 작가의 일곱 악인" [The Escape of the Seven' Kim Soon Ok's Seven Evil Men] (dalam bahasa Korea). Sports Kyunghyang. Dicapai pada August 16, 2023 – melalui Naver.
  11. ^ a b Kim, Chae-yeon (August 17, 2023). "정라엘, 김순옥 월드 입성..'7인의 탈출' 이유미 단짝친구 역 [공식]" [Jung Rael to join Kim Soon Ok World...'Escape from 7' as Yoo Mi's best friend [OFFICIAL]] (dalam bahasa Korea). OSEN. Dicapai pada August 29, 2023 – melalui Naver.
  12. ^ a b c d e f g h "등장인물 소개" [Character Introduction]. SBS (dalam bahasa Korea). Dicapai pada September 8, 2023."등장인물 소개" [Character Introduction].
  13. ^ Ahn, Byung-gil (August 24, 2023). "서영희 '7인의 탈출' 출연" [Seo Young-hee to appear in 'The Escape of the 7] (dalam bahasa Korea). Sports Kyunghyang. Dicapai pada August 29, 2023 – melalui Naver.
  14. ^ Lee, Ye-jin (August 17, 2023). "한보름, 김순옥 사단 합류…'7인의 탈출' 캐스팅, 연기변신 예고 [공식입장]" [Han Bo-Reum joins Kim Soon-Ok's division...'7인의 탈출' casting, acting transformation announced [Official entry]] (dalam bahasa Korea). X-ports News. Dicapai pada August 29, 2023 – melalui Naver.
  15. ^ Kim, Chae-yeon (September 5, 2023). "'재벌집 할머니' 김현, 김순옥 작가 '7인의 탈출' 합류..이유비 엄마된다 [공식]" ['Chaebol Grandma' Kim Hyun joins '7 Escapees' writer Kim Soon Ok to become Lee Yoo-Bi's mum [OFFICIAL]] (dalam bahasa Korea). Osen. Dicapai pada September 6, 2023 – melalui Naver.
  16. ^ Jang, Su-jeong (August 29, 2023). "은해성, '7인의 탈출' 출연…김순옥 사단 합류" [Eun Hae-sung to star in '7 People's Escape'...joins Kim Soon-Ok's division] (dalam bahasa Korea). Dailyian. Dicapai pada August 29, 2023 – melalui Naver.
  17. ^ Choi, Hee-jae (July 31, 2023). "이유진, 김순옥 신작 '7인의 탈출' 합류…이유비와 호흡 [공식입장]" ["Lee Yoo-jin joins Kim Soon-ok's new film '7 Escape'...working with Lee Yoo-bi [Official Statement]] (dalam bahasa Korea). X-ports News. Dicapai pada July 31, 2023 – melalui Naver.
  18. ^ Park, Soo-in (August 29, 2023). "지승현 '7인의 탈출' 출연, 김순옥 사단 합류" [Ji Seung-Hyun to star in '7 People's Escape' and join Kim Soon-Ok's company] (dalam bahasa Korea). Newsen. Dicapai pada August 29, 2023 – melalui Naver.
  19. ^ Kim, Chae-yeon (August 23, 2023). "이정현, '7인의 탈출'로 김순옥 월드 입성..구치소 내 빵장 백익호 역 [공식]" [Lee Jung Hyun enters Kim Soon Ok World with 'Escape of the 7'...will play Baek Ik Ho, a baker in prison [Official]] (dalam bahasa Korea). OSEN. Dicapai pada August 29, 2023 – melalui Naver.
  20. ^ 이정혁. "이부영, 드라마 '7인의 탈출' 출연…이덕화 수행비서로 조용하지만 강렬 존재감 드러낼 듯". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2023-09-12.
  21. ^ Kang, Nae-ri (March 30, 2023). "[단독] 데니안, SBS '7인의 탈출' 특별출연...김순옥 월드 입성" [[Exclusive] Danny Ahn, special appearance in SBS 'Escape of 7'...Kim Soon-ok entered the world] (dalam bahasa Korea). YTN. Dicapai pada March 30, 2023 – melalui Naver.
  22. ^ Cheon, Yoon-hye (April 26, 2022). "[POP초점]김순옥작가X주동민PD, '펜하'→'7인의 탈출'로 영광 재현? 황정음 출연 검토" [[POP Focus] Kim Soon-ok, Joo Dong-min, PD, recapture glory with 'Penha' → 'Escape of the 7'? Review of Hwang Jung-um's casting] (dalam bahasa Korea). Herald POP. Dicapai pada August 29, 2023 – melalui Naver.
  23. ^ Lee, Min-ji (February 24, 2023). "김순옥 작가 '7인의 탈출' 측 "시즌2 준비 중" [공식]" [Writer Kim Soon Ok's '7 People's Escape' Team "Preparing for Season 2" [Official]] (dalam bahasa Korea). Newsen. Dicapai pada August 29, 2023 – melalui Naver.
  24. ^ Jang, Jin-ri (July 11, 2023). "[단독]엄기준→황정음 '7인의 탈출', 시즌1 촬영 종료…시즌2 준비" [[Exclusive] Um Ki-Joon→Hwang Jung-Eum '7 People's Escape' Ends Season 1 Filming...Preparing for Season 2] (dalam bahasa Korea). SpoTV News. Dicapai pada August 29, 2023 – melalui Naver.
  25. ^ Lee, Seung-gil (December 7, 2022). "7인의 탈출' 측, 불법주차 논란 사과 "앞으로 더 주의 기울일 것" [Escape of 7' side apologizes for illegal parking controversy "We will pay more attention in the future] (dalam bahasa Korea). My Daily. Dicapai pada December 7, 2022 – melalui Naver.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]