The Fab Five

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bagi jejaka yang inginkan perubahan serta pembaharuan dalam gaya hidup masing-masing kepada sesuatu yang lebih menarik, 8TV mempunyai berita baik dengan membawakan kembali program realiti Queer Eye For The Straight Guy untuk musim ketiga.

Fail:The Fab Five.png
The Fab Five menonjol yang lebih menarik

Siaran Televisyen[sunting | sunting sumber]

Program yang disiarkan setiap Ahad, jam 11.45 malam bermula 6 Januari 2008 lalu di 8TV, menampilkan Ted Allan, Kyan Douglas, Thorn Felicia, Carson Kressley dan Jai Rodriguez.

Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan Kumpulan di 8TV, Airin Zainul berkata program berkenaan mempunyai tarikan tersendiri dan mendapat sambutan hangat di luar negara.

Pengacara[sunting | sunting sumber]

The Fab Five akan berkongsi pengetahuan dan kepakaran masing-masing bersama penonton dalam bidang fesyen, makanan dan minuman, seni dan kebudayaan serta cara penampilan diri.

Kyan Douglas, pakar perunding imej yang berpengalaman dalam bidang kecantikan diri, kulit, rambut serta kesihatan; THorn Filicia pula pakar pereka dalaman manakala Jao Rodriguez pakar seni dan kebudayaan.

Kumpulan The Fab Five ini turut disertai pakar fesyen, Carson Kressley yang juga perunding imej dan pernah bekerjasama dengan Polo Ralph Lauren di New York serta pakar pemakanan yang berasal dari Chicago, Ted Allen.

Konsep[sunting | sunting sumber]

la berkonsepkan teori mengenai kepintaran dan keistimewaan lelaki dalam bidang fesyen, peragaan, perhiasan diri, rekaan dalaman serta seni dan kebudayaan.

Program realiti yang ditontoni ramai penonton di Amerika Syarikat dijadikan sebagai panduan kepada lelaki yang ingin mengubah cara hidup mereka sedia ada kepada cara hidup yang lebih baik.

The Fab Five sendiri menonjolkan pesona yang begitu menarik sekali dan panduan yang diberikan amat mudah untuk diikuti. Program ini menerima sambutan begitu menggalakkan daripada penonton tempatan sejak disiarkan tiga tahun lalu.

Penerbit[sunting | sunting sumber]

Program realiti dari Amerika Syarikat yang dicipta oleh penerbit eksekutif, David Collins dan David Metzler mencatat sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan dalam anugerah Emmy.

Dalam setiap episod, sekumpulan lelaki atau lebih dikenali sebagai The Fab Five akan memberi imej baru dari segi pakaian, mengubah suai dekorasi kediaman, memberi nasihat mengenai imej diri, cara hidup dan makanan kepada peserta mingguan.