The Game (permainan minda)
The Game (bahasa Melayu: Permainan itu) ialah sebuah permainan minda berterusan, di mana objektifnya adalah untuk mengelakkan diri daripada memikirkan tentang Permainan itu sendiri. Memikirkan tentang Permainan itu akan mengakibatkan kekalahan, di mana, menurut pertarungan Permainan itu, haruslah diumumkan. Permainan itu adalah berterusan-apabila seorang pemain berhenti memikirkan Permainan itu, mereka berhenti mengalah.
Peraturan
[sunting | sunting sumber]Terdapat tiga peraturan utama kepada Permainan itu:[1]
- Semua orang di dunia sedang bermain Permainan itu. (Kadang-kala dikecilkan kepada: "Semua orang di dunia yang tahu tentang Permainan itu, sedang bermain Permainan itu."[2], ataupun secara alternatifnya, "Anda sentiasa bermainan Permainan itu.")
- Bila-bila masa anda memikirkan tentang Permainan itu, anda kalah.
- Kekalahan haruslah diumumkan.
Kepelbagaian
[sunting | sunting sumber]- Terdapat suatu jangka masa di mana seorang pemain tidak boleh kalah dalam Permainan itu, iaitu selepas mereka dikalahkan. Ini boleh berlaku dalam masa beberapa saat kepada setengah jam.[1]
Populariti
[sunting | sunting sumber]Permainan itu dimainkan oleh beratus-ribu orang pemain,[1] menerusi internet dan sekolah, termasuk juga maktab-maktab universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat,[3] Kanada,[1] Belanda, Brazil, Australia, Jepun dan Belgium.[2] Sesetengah pemain telah mengatur serta mencipta strategi untuk mengakibatkan orang lain kalah, misalnya seperti menulis "Permainan itu" pada bahagian-bahagian yang mudah dilihat atau menyorokkan nota-nota untuk mereka cari.[2] Permainan itu pernah digelar tidak berguna dan dikatakan menyebabkan sesetengah orang naik angin.[1] Asal-usul Permainan itu tidak diketahui, tetapi contoh-contoh awal "permainan-permainan" yang serupa, misalnya White Bear Phenomenon, pernah wujud.
Budaya internet
[sunting | sunting sumber]Komik web Real Life[4] dan xkcd[5] masing-masing memiliki komik web terpilih yang mendedikasikan Permainan itu.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e Montgomery, Shannon (2008-01-23). "Remaja seluruh dunia sedang bermain 'the game'". The Daily Gleaner. m/s. D6. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "gleaner" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c Verelst, Jeroen (2007-03-15). "The Game, het eenvoudigste spel ter wereld" (Subscription required). De Morgen (dalam bahasa Dutch). m/s. 2.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Boyle, Andy (2007-03-19). "Mind game enlivens students across U.S." The Daily Nebraskan.
- ^ Dean, Greg. Real Life, 2007-09-24
- ^ Munroe, Randall. xkcd, 391