The Good Doctor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
The Good Doctor
Genre
Dibangunkan oleh
Dibintangi oleh
PenggubahDan Romer
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bilangan musim1
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutif
Penerbit
LokasiVancouver, British Columbia
Pemasangan kamera
Single-camera
Tempoh siaran41–43 minit
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
Sony Pictures Television
Penyiaran
Saluran asalABC
Format gambar720p (HDTV)
Format audio5.1 surround sound
Siaran asal25 September 2017 (2017-09-25) – present (present)
Kronologi
Rancangan berkaitan
Good Doctor
Pautan luar
Laman rasmi

The Good Doctor merupakan sebuah siri televisyen drama perubatan Amerika Syarikat yang diadaptasi dari siri televisyen Korea Selatan dengan judul yang sama yang disiarkan pada tahun 2013. Pelakon Daniel Dae Kim merupakan yang terawal menyedari siri ini dan membeli hak untuk syarikat penerbitannya. Beliau mula mengadaptasi siri ini dan menjualnya kepada CBS pada tahun 2015. CBS memutuskan untuk tidak membuat pilot. Kim membeli semula hak tersebut dari CBS. Akhirnya, Sony Pictures Television dan Kim bekerjasama dan membawa David Shore, pencipta drama perubatan, House, untuk membangunkan siri ini.[1]

Siri ini diterbitkan oleh Sony Pictures Television dan ABC Studios, dengan kerjasama dengan Shore Z Productions, 3AD, dan Entermedia. David Shore berperanan sebagai showrunner manakala Daniel Dae Kim sebagai penerbit eksekutif siri ini.

Siri ini dibintangi oleh Freddie Highmore sebagai Shaun Murphy, seorang lelaki muda yang menghidap autistik savant yang menjadi pakar bedah pelatih di Hospital San Jose St. Bonaventure. Selain itu, siri ini turut dibintangi oleh Antonia Thomas, Nicholas Gonzalez, Beau Garrett, Hill Harper, Richard Schiff, dan Tamlyn Tomita.

The Good Doctor mula bersiaran di ABC pada 25 September 2017.

Premis[sunting | sunting sumber]

Siri ini mengenai Shaun Murphy, seorang pakar bedah berasal dari Casper, Wyoming yang menghidap autisme dan sindrom savant dan memiliki zaman kanak-kanak yang teruk. Beliau dihantar ke San Jose, California, sebagai pelatih di Hospital San Jose St. Bonaventure.[2]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Utama[sunting | sunting sumber]

Pembantu[sunting | sunting sumber]

Jemputan[sunting | sunting sumber]

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Koblin, John (November 19, 2017). "How ABC Found a surprise Hit in "The Good Doctor"". The New York Times. Dicapai December 12, 2017. 
  2. ^ Ausiello, Michael (May 11, 2017). "Good Doctor Medical Drama Starring Bates Motel's Freddie Highmore Ordered to Series at ABC". TV Line. Diarkibkan daripada yang asal pada May 12, 2017. Dicapai May 11, 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]