The Third Marriage

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

The Third Marriage (Hangul: 세 번째 결혼) ialah drama siri televisyen Korea Selatan yang dibintangi oleh Oh Seung-ah, Yoon Sun-woo, Oh Se-young dan Moon Ji-hoo ditayangkan di saluran MBC TV bermula 23 Oktober 2023.[1]

The Third Marriage
Fail:Poster The Third Marriage
Poster promosi
GenreRomantik
Dendam
Melodrama[2]
PenciptaJang Jae-Hoon
Ditulis olehSeo Hyun-joo
Pengarah
  • Lee Jae-jin
  • Kang Tae-heum
Dibintangi oleh
Oh Seung-ah
Yoon Sun-woo
Oh Se-young
Moon Ji-hoo
Negara asalKorea Selatan
BahasaKorea SelatanKorea
Bilangan episod132
Syarikat penerbitan
MBC C&I
Penyiaran
Saluran asalMBC TV
Laman sesawang

Sinopsis (ringkasan)[sunting | sunting sumber]

The Third Marriage mengisahkan tentang Jung Da-jung (Oh Seung-ah) yang pada mulanya ceria dan bahagia dengan sikap positifnya mula menuju ke arah membalas dendam selepas menjalani dan menyaksikan kehidupan dikelilingnya yang penuh manipulasi.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Kisah Jung Da-jung yang berumahtangga dengan Baek Sang-chul, namun kebahagiaan dan rumahtangga mereka singkat apabila sahabatnya Jung Da-jung iaitu Kang Se-ran datang dengan pengaruh niat balas dendam untuk porak porandakan kebahagiaan Jung Da-jung hingga musnah.

Jung Da-jung memiliki berberapa bukti untuk menarik balik kes kematian ayahnya yang mati dengan ketidakadilan, naun rencananya gagal, apabila dia diculik dan percubaan melarikan diri dari Kang Se-ran juga gagal hingga akhirnya mereka bergelut secara tidak berkawalan hingga menyebabkan dia ditolak jatuh ke dalam laut. Akan tetapi, dia berjaya diselamatkan oleh seseorang.

Satu hari, ada majlis diadakan. Dan disana Jung Da-jung memunculkan diri setelah berberapa lama menghilang. Namun apa yang paling mengejutkan, Dia menghadiri majlis tersebut sebagai bakal isteri Wang Je-guk (Ketua Syarikat). Dengan perkahwinan kedua yang tidak serasminya ini, mereka berdua merancangkan sesuatu semasa berada di U.K. Jung Da-jung pula tanpa rasa ragu dia menerima dan mengambil peluang untuk kembali dengan nafas terbaru untuk membalas dendam orang yang pernah menghancurkan kehidupannya sebelum ini (Kang Se-ran)

[akan dikemaskini sinopsis seterusnya]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Part.1 (Bahagian 1)[sunting | sunting sumber]

Dikeluarkan pada 23 Disember, 2023
No.TajukArtistMasa
1."Lallala" (랄라라) Park Sang-hoo3:30
2."Lallala" (랄라라; Inst.) 3:30
Jumlah masa: 7:00

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kim, Hyun-jung (September 27, 2023). '세 번째 결혼' 오승아·윤해영, 엇갈린 운명 속 비밀...10월 23일 첫 방송 ['Third Marriage' Oh Seung-ah and Yoon Hae-young, secrets in mixed fate...First broadcast on October 23rd] (dalam bahasa Korea). X-ports News. Diarkibkan daripada yang asal pada September 28, 2023. Dicapai pada September 28, 2023 – melalui Naver.
  2. ^ Yoo, Jeong-min (September 19, 2023). '세 번째 결혼' 오승아→윤선우, 열정·웃음 꽉 채운 대본리딩 현장 ['Third Marriage' Oh Seung-ah → Yoon Sun-woo, script reading filled with passion and laughter] (dalam bahasa Korea). MBC Entertainment News. Diarkibkan daripada yang asal pada September 28, 2023. Dicapai pada September 28, 2023 – melalui Naver.