The Virgin (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Virgin
The Virgin mahu membuatkan persediaan bagi mengeluarkan album pada 2016. Dara (kiri) Mitha (kanan)
Latar belakang
Berasal dariJakarta, Indonesia
GenrePop-rock, Pop
Tahun aktif2008-kini
Pengkarya berkait
Republik Cinta Management

The Virgin ialah satu kumpulan muzik dari Indonesia. Ahli-ahli daripada kumpulan muzik ini terdiri daripada Cameria Happy Pramita atau Mita sebagai pemain gitar dan Dara Rizki Ruhiana sebagai penyanyi. Kumpulan muzik ini ditubuhkan dalam tahun 2008 di bawah bimbingan seorang artis berpengalaman Ahmad Dhani. Lagu pertama daripada The Virgin ialah "Cinta Terlarang" yang dibuat oleh Mita pada tahun 2009.

Penubuhan The Virgin[sunting | sunting sumber]

The Virgin telah ditubuhkan disebabkan oleh akal daripada Ahmad Dhani. Berpunca daripada lagu "Cinta Terlarang" yang dicipta oleh Cameria Happy Pramita yang bermain sebagai pemain gitar perempuan pernah didengari oleh Ahmad Dhani dengan tidak sengaja pada Julai 2008. Oleh itu, dia tertarik dengan lagu itu dan mempunyai idea untuk merakamkan lagu itu dalam satu album untuk menyanyikan dalam berpasangan.

Ketika Ahmad Dhani bertindak sebagai seorang pihak juri untuk persembahan bakat, dia sangat suka kepada Dara Rizky Ruhiana yang merupakan seorang peserta yang berasal dari Tasikmalaya, Indonesia. Saatmana Ahmad Dhani memberi ulasan kepada Dara, beliau berjanji untuk menghantarkan Dara menuju ke studio rakaman kalau Dara gagal dalam acara persembahan bakat itu. Pada pusingan kelapan, akhirnya Dara telah gagal dan Ahmad Dhani menunaikan janji beliau dan membawa Mita dan Dara bersama-sama untuk ditempatkan dalam studio rakaman yang sama. Pada akhir tahun 2008, kumpulan muzik The Virgin telah mula ditubuhkan. The Virgin mempunyai kumpulan peminat rasmi yang dikenali sebagai Virginity.

Kemunculan sulung[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 2009, The Virgin telah melakukan pelepasan single pertama mereka bertajuk "Cinta Terlarang" yang dicipta dengan Mitha. Single pertama mereka disambut mesra dengan peminat muzik Indonesia dan The Virgin terus melonjak naik menuju ke banjaran kumpulan muzik terkenal. Pada 11 Jun 2009, The Virgin dengan pelbagai kumpulan muzik pendatang baharu pada masa tersebut mula mengeluarkan himpunan album bertajuk New Beginning 09 yang memuat pula lagu pertama mereka "Cinta Terlarang". The Virgin berjaya memenangi 2 daripada 3 pencalonan kejuaraan dengan kategori "Pendatang Baru Paling Direquest" dan "Klip Video Terpanjang di Posisi 1" menerusi lagu pertama mereka itu dan manakala pencalonan bagi kategori "NSP Terlaris" (Bahasa Melayu: Nada panggil balik dengan jualan terbaik) dimenangi oleh Wali.

Diskografi[sunting | sunting sumber]