Theo van Gogh (pengarah filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Theo van Gogh adalah seorang pengarah filem Belanda.

Theo van Gogh (23 Julai 1957 - 2 November 2004)

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Van Gogh dilahirkan di Den Haag. Moyangnya adalah Theo van Gogh, adik lelaki pelukis terkenal Belanda, Vincent van Gogh, yang juga merupakan peniaga karya seni.

Setelah tercicir daripada sekolah undang-undang, Van Gogh bekerja sebagai seorang penyelia pentas. Filem pertama yang diarahkan oleh dia adalah Luger pada tahun 1981. Untuk filem yang bertajuk Blind Date (1996) dan In het belang van de staat ("In the Interest of the State", 1997) dia menerima anugerah Gouden Kalf ("Golden Calf", versi Belanda bagi anugerah Oscar). Sebagai seorang aktor, Van Gogh pernah berlakon dalam filem bertajuk De noorderlingen ("The Northerners", 1992). Setelah itu, dia bekerja dalam industri televisyen sambil menulis ulasan untuk akhbar Metro dan suratkhabar-suratkhabar yang lain.

Buku terakhirnya (2003) adalah Allah weet het beter ("Allah Lebih Mengetahui") di mana terdapat hujahnya mengenai Islam yang disampaikan dengan cara yang sinis dan menyindir. Van Gogh dikenali sebagai seorang pengkritik Islam yang vokal (terutama sekali setelah kejadian serangan pengganas September 11, 2001). Dia juga menyokong kuat pencalonan ahli politik wanita haluan liberal, Ayaan Hirsi Ali (asal Somalia) untuk parlimen Belanda.

Bersama Hirsi Ali, dia telah membuat sebuah filem kontroversial, Submission. Wayang ini mengisahkan tentang "penganiayaan" yang kononnya sering dilalui oleh wanita Islam di tangan suaminya. Ia memaparkan empat orang wanita yang telah 'dianiayai', dengan pakaian lutsinar yang dihiaskan dengan ayat-ayat Al Quran. Setelah filem ini dikeluarkan, kedua-dua Van Gogh dan Hirsi Ali menerima ancaman mati. Van Gogh tidak menganggap serius ancaman tersebut dan menolak sebarang perlindungan.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Tempat Theo van Gogh ditembak mati

Pada awal pagi hari Selasa, 2 November 2004, Van Gogh didapati mati di hadapan pejabat Amsterdam East di sudut jalan Linnaeusstraat dan Mauritskade. Dia telah ditikam dan ditembak tujuh kali dan mati serta-merta. Polis Belanda telah menangkap lapan orang yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Van Gogh. Enam daripada mereka adalah asal Maghribi, satu daripada Algeria dan satu lagi mempunyai kerakyatan Sepanyol-Maghribi.

Sebelum kematiannya, Van Gogh sedang dalam proses menerbitkan filem "0605" yang mengisahkan pembunuhan ahli politik Belanda, Pim Fortuyn.

Karya[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Engel (1990)
  • Er gebeurt nooit iets (1993)
  • Sla ik mijn vrouw wel hard genoeg? (1996)
  • Allah weet het beter (2003)

Filem[sunting | sunting sumber]

  • Luger (1982)
  • Een dagje naar het strand (1984)
  • Charley (1986)
  • Terug naar Oegstgeest (1987)
  • Loos (1989)
  • Vals licht (1993)
  • Ilse verandert de geschiedenis (1993)
  • 06 (1994)
  • Reunie (1994)
  • Eva (1994)
  • Een galerij: De wanhoop van de sirene (1994)
  • De Eenzame Oorlog Van Koos Tak (1995)
  • Blind Date (1996)
  • Hoe ik mijn moeder vermoordde (1996)
  • In het belang van de staat (1997)
  • Au (1997)
  • De Pijnbank (1998)
  • Baby Blue (2001)
  • De nacht van Aalbers (2001)
  • Najib en Julia (2002)
  • Interview (2003)
  • Zien (2004)
  • Submission (2004)
  • Cool (2004)
  • 0605 (dirancang untuk 2004)
  • Medea (dirancang untuk 2005)
  • Bad (dirancang untuk 2005)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]