Theremin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Theremin [té-ré-min] , thereminophone[1] atau termenvox/thereminvox ialah sejenis alat muzik elektronik di mana bunyi muzik dihasilkan tanpa melibatkan sentuhan pemainyang menggunakannya. Ia dicipta dan dipatenkan Léon Theremin (Лев Термен), seorang jurutera Soviet pada tahun 1928;[2] ia merupakan hasil penyelidikan berkaitan pengesan kedekatan dalam bidang ketenteraan oleh pemerintah Soviet setelah meletusnya Perang Saudara Rusia pada ketika itu.[3][4]

Bunyi dihasilkan alat ini sering kedengaran mengilai-ngilai maka ia sering digunakan dalam runut bunyi dan muzik tema dalam produksi bergenre cereka sains atau seram - baik filem atau rancangan televisyen bersiri - untuk menimbulkan ambiens ngeri dan takut dalam kalangan penonton yang mendengar.

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Komponen[sunting | sunting sumber]

Alat ini terdiri daripada dua batang antena besi yang mengesan kedudukan tangan pemain yang mengawal ayunan frekuensi sambil mengawal amplitud (kelantangan) pacaran alat. Isyarat elektrik yang terhasil ini dikuatkan dan dihantar ke pembesar suara.

Cara bermain[sunting | sunting sumber]

Tangan-tangan pengendali bertindak membumi arus suatu kapasitor mudah dilaraskan dalam suatu litar induktans-kapasitans (inductance-capacitance circuit), yang menentukan frekuensi terhasil.

Tangan kanan yang kuat (biasanya) mengawal pic manakala tangan kiri mengawal kelantangan bunyi alat; namun, terdapat model-model mudah dan murah yang mempunyai tombol khusus untuk tujuan penyelerasan sebegini serta suatu antena pic yang bertindak sebagai suatu kapasitor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The London Mercury Vol.XVII No.99 1928
  2. ^ US1661058 
  3. ^ Glinsky, Albert (2000). Theremin: Ether Music and Espionage. Urbana, Illinois: University of Illinois Press. m/s. 26. ISBN 978-0-252-02582-2. 
  4. ^ Léon Theremin playing his own instrument di YouTube

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]