They Will Kill Us All

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
They Will Kill Us All
Juga dikenali sebagai
TWKUA
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreProgressive Rock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif2003-kini
Syarikat rakaman
Super Stellar Sound Recordings
Kegiatan berkaitan
Berkumpulan
AhliEdwin Raj
David Leong
Amir Shazlan
Ihsan Ariffin
Herwandi Saat
Bekas ahliHafizul Azim

Kumpulan They Will Kill Us All merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang bergerak secara bebas atau juga dikenali sebagai indie di Malaysia dan memyampaikan lagu-lagu berbahasa Inggeris.

Kumpulan ini turut menyertai gig Rock The World 2008 pada 20 Disember 2008, di The Secret Garden.

Biografi[sunting | sunting sumber]

They Will Kill Us All atau lebih dikenali dengan singkatan TWKUA ditubuhkan pada 2003 dan diasaskan oleh Edwin Raj dan David Leong, kebanyakan ahli kumpulan ini pernah beraksi dengan beberapa kumpulan muzik sebelum ini. Hafizul Azim, Ihsan Ariffin dan Amir Shazlan menyertai band ini, menjadikan TWKUA lima orang. Kumpulan ini mendapat namanya daripada tajuk lagu nyanyian kumpulan The Bronx yang berjudul ''They Will Kill Us All (Without Mercy)''.

Kumpulan ini bergiat aktif mengadakan persembahan di beberapa konsert dan gig, termasuk konsert KAMI The Concert dan Rock The World 2008. Band ini muncul dengan album sulung mereka, Secret Episodes yang memuatkan tujuh lagu, termasuk sebuah lagu instrumental. Vokalis band ini, Hafizul Azim atau Fizul meninggalkan TWKUA kerana komitmen kerja selepas pelancaran album pertama band ini, tempatnya digantikan oleh gitarisnya, Edwin Raj.

Band ini terus melangkah ke depan dengan kemunculan album kedua, Vultures yang menampilkan lagu-lagu hits seperti The Great Glass City, Under The Red Sky dan Sirens, band ini mengambil Herwandi Saat sebagai ahli baru bagi menggantikan Fizul, Herwandi mengambil peranan sebagai pemain keyboard dan synth. Pada 2015, band ini melancarkan single terbaru mereka, Procession.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Edwin Raj - vocals / guitar
  • David Leong - vocals / guitar
  • Amir Shazlan - vocals / bass
  • Ihsan Ariffin - drums
  • Herwandi Saat - keys / synth

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

  • Hafizul Azim

Album[sunting | sunting sumber]

Secret Episodes (2008)[sunting | sunting sumber]

  1. Secret Episodes
  2. Bright Lights
  3. Curtains
  4. Running Into Spaces
  5. Midnight Express
  6. Mistaken For Painkillers
  7. Situational Separation

Vulture (2012)[sunting | sunting sumber]

  1. The Great Glass City
  2. Under The Red Sky
  3. Future Nights
  4. Sirens
  5. Shallow Graves
  6. Man of 1000 Faces
  7. Rings
  8. Sons Of The Fearless
  9. Sepanjang Riwayatku

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Under The Red Sky
  • Running Into Spaces [2007] (Support Your Local Acts Compilation)
  • Curtains [2008]
  • Secret Episodes [2008]
  • Bright Lights [2008]
  • Midnight Express [2008]
  • Mistaken for Pain Killer [2009]
  • Situational Separation [2009]
  • Sirens [2012]
  • Procession [2015] - lagu baru

Pautan luar[sunting | sunting sumber]