Tin (bekas)

Tin atau kupi[1] (loghat Kelantan) atau kaleng (disebut [ka.léng], k. lama, Ind.[2] - Bahasa Inggeris: tin can) adalah bekas atau kemasan logam nipis seperti besi atau aluminium yang dibentuk menampung barangan yang boleh dibawa atau disimpan baik dalam bentuk pepejal atau cecair. Hujung atas bekas-bekas ini boleh dibuka dengan pembuka khas ataupun penutup.
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Perkataan "kaleng" mula dicatat seawal tahun 1901 dalam kamus dwibahasa himpunan R. J. Wilkinson melalui perkataan kaling (tulisan Jawi: كالڠ) yang diertikan sebagai tinned iron atau "besi diselaputi timah".[3] Kata kaling atau kaleng ini lebih digunakan dalam bahasa baku Indonesia kini.[2]
Pembinaan
[sunting | sunting sumber]Bahan asas
[sunting | sunting sumber]Besi keluli lazim digunakan kerana sifatnya yang lebih utuh dari karton kertas atau plastik serta jauh kurang rapuh berbanding kaca; sifat ini dikehendaki kerana membolehkan kandungan diisi bertahan sepanjang perjalanan tanpa sebarang bocoran atau tumpahan serta tidak perlunya lapik tambahan.[4][5] Ia juga mampu memberi perlindungan terhadap isi kandungan daripada perubahan disebabkan alam sekitar seperti:
- suhu - penyejukan dalam bekas keluli lebih cepat berbanding bekas plastik atau kaca[6]
- pencemaran kimia - pengoksidaan tidak berlaku sambil khasiat kandungan tidak terjejas[6]
- Dalaman sebuah tin yang dikerat tengah
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Carian Umum". prpm.dbp.gov.my. Dicapai pada 2025-12-22.
- 1 2 "can - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
- ↑ Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 496.
Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam. - ↑ "Beverage". Tata Steel in Europe. Dicapai pada 9 Julai 2018.
- ↑ "Does a Drink Stay Colder in a Metal Can or a Plastic Bottle?". Sciencing (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2018.
- 1 2 "Home". Steelforpackaging.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2018.