Tiqqun soferim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tiqqūn sōferīm (תיקון סופרים, majmuk tiqqūnēy sōferīm תיקוני סופרים) ialah istilah daripada penulisan Rabai yang bermaksud 'pembetulan katib atau penyalin', atau 'pembetulan penulisan' dan merujuk kepada pertukaran perkataan dalam Tanakh demi menjaga kesucian Tuhan atau atas sebab-sebab yang serupa.[1] Para rabai menyebut tiqquney soferim di beberapa tempat dalam penulisan mereka, dengan terdapat lebih kurang 18 tiqquney soferim kesemuanya.

Kebanyakan pengulas tradisional menganggap tiqquney soferim bukan sebagai bermaksud pertukaran teks sebenar, tetapi membawa maksud pengarang asal bertindak selaku seorang yang membetulkan teks oleh sebab mahu menjaga kesucian Tuhan. Sebaliknya, kebanyakan sarjana moden mentafsirkan kata-kata rabai lama secara harfiah — bahawa teks diperbetulkan oleh penyalin terkemudian, kebarangkalian oleh Perhimpunan Agung yang menyunting kandungan Bible Yahudi. Terdapat juga sarjana yang mendakwa para rabai tidak menyatakan kesemua kejadian tiqqun soferim, dan sarjana ini cuba mencari kes-kes seumpamanya.

Namun demikian terdapat sekelompok minoriti termasuk juga daripada kalangan sarjana tradisional yang mempercayai bahawa tiqquney soferim merupakan pertukaran sebenar teks (dan ini nampaknya dinyatakan secara jelas dalam Midrash Tanchuma [nama tiga koleksi hagadot Pentateuch yang berlainan]).

Satu contoh tiqqun soferim boleh dilihat dalam buku I Kings 21:12-13 Bible[2], di mana Naboth dituduh menyumpah Tuhan, akan tetapi teks kini mengandungi 'merahmati' oleh sebab dirasakan tidak sesuai nama Tuhan hadir selepas perkataan 'menyumpah': 'Naboth merahmati Tuhan dan Raja' menggantikan 'Naboth menyumpah Tuhan dan Raja.'

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]