Tom Tom Bak
Penampilan
| Tom Tom Bak | |
|---|---|
| Genre | Aneka ragam |
| Format | Hiburan |
Dibintangi oleh | Aznil Nawawi |
| Lagu pembukaan | Tom Tom Bak |
| Lagu penutup | Tom Tom Bak |
| Negara asal | Malaysia |
| Bilangan musim | 7 |
| Penerbitan | |
| Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tempoh siaran | 30 minit |
Syarikat penerbitan | Measat Broadcast Network Systems |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Ceria NJOI TV Astro Ria (Singapura) |
| Siaran asal | 24 Jun 2007 – 2019 |

Tom Tom Bak adalah sebuah rancangan aneka bakat dan ragam kanak-kanak yang mula disiarkan selama ½ jam di saluran Astro Ceria pada pukul 12 tengah hari, bermula 24 Jun 2007. Kini telah masuk Musim ke-5.
Pengacara untuk rancangan ini dikendalikan oleh Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Uncle Aznil. Selain itu, pengacara cilik, Haziq juga memeriahkan lagi rancangan ini.
Segmen
[sunting | sunting sumber]Rancangan Tom Tom Bak dibahagikan kepada 8 segmen, iaitu:
- Siapa Dia? - cuba teka watak yang dilakonkan oleh adik-adik ini
- Jom Borak - tetamu cilik berkongsi pendapat masing-masing
- Ada Bakat Ke? - Saksilah persembahan hebat daripada bintang cilik ini
- Jeng Jeng Jeng - Kemuncak rancangan di mana penonton memilih peserta yang paling berbakat setiap episod berdasarkan jeritan 'woo' daripada penonton. Setiap penonton hanya boleh melakukan jeritan sokongan ini sekali sahaja.
- Siapa Hebat?
- Ada Bakat
- Anmum Essential Eja
- Ada Berani?