Tongkat penyukat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang pegawai waran dari Pengawal Welsh menggunakan tongkat penyukatnya.

Tongkat penyukat, juga dipanggil tongkat waran, ialah sebatang tongkat panjang yang lazimnya dibawa oleh Pegawai Waran dan jurulatih kawad tidak tauliah dalam angkatan tentera British dan Komanwel sebagai satu simbol kuasa dan sebagai alat sokongan kepada kawad tentera.

Tongkat penyukat ini biasanya berbentuk batang kayu berkaki dua, berengsel dibahagian atas, dan meruncing ke arah bawah, hampir sama dengan alat jangka lukis kayu yang digunakan pada papan hitam sekolah. Ia biasanya bertapak dan disadur dengan tembaga yang berkilat. Ia boleh dilebarkan atau disempitkan bagi menetapkan jarak langkah perbarisan dan disukat semasa skuad berjalan untuk menentukan jarak langkah yang betul seperti kawad "jalan serentak", "jalan laju", "langkah pendek", dsb. Apabila dilebarkan ke jarak langkah yang betul, tongkat penyukat boleh dibimbit pada bahagian engsel, dengan satu kaki tongkat menegak ke tanah, dan sebelah lagi kaki menghala ke hadapan. Dengan memusingkan tongkat semasa berbaris, tongkat itu boleh dibuat untuk "berjalan" bersama pemegangnya pada sukatan yang betul.

Jika tidak, semasa berkawad atau semasa berbaris, ia biasanya dibawa dengan cara dikepit pada bawah lengan kiri dan selari dengan tanah, dengan tangan kiri membimbit bahagian atas tongkat itu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]