Chystyakove

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Torez)
Chystyakove
Чистякове
Town
Bendera Chystyakove
Mohor rasmi Chystyakove
CountryUkraine
OblastDonetsk
Founded1778
Keluasan
 • Jumlah105.8 km2 (40.8 batu persegi)
Penduduk
 (2012)
 • Jumlah81,761
Laman sesawanghttp://www.torez.info/

Chystyakove ( Ukraine: Чистякове, sebelum 2016 Torez, Rusia: Чистяково, Chystyakovo, Ukraine: Торез) adalah sebuah bandar di Wilayah Donetsk dalam negara Ukraine . Majoriti penduduk bekerja dalam industri perlombongan yang semakin merosot.Tahun 2012 terdapat 81,761 orang penduduk sedangkan pada tahun kemuncak seramai 120,000 pada tahun 1970.

Nama asal bandar ini ialah Torez sempena pemimpin Parti Komunis Perancis Maurice Thorez , pada tahun 1964, iaitu tahun kematiannya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bandar ini dibina sekitar tahun 1778 di kuala Sungai Sevostyanivka dan Sungai Orlova yang mengalir ke dari Rusia dan Ukraine. Sejak tahun 1860-an ia dikenali sebagai Chystyakove dan menjadi hab perlombingan arang batu milik saudagar Chistyakov. Pada tahun 1875 terdapat dua syarikat perlombongan iaitu Chistyakovs'ke, beroperasi dua lombong arang batu dan sebuah lagi bernama Oleksiivs'ke. Pada tahun 1909 lombong Chistyakove menghasilkan 4.7 juta poods arang batu, dan dalam 1916-76800000 poods.

Pada tahun 1924 perlombongan Chistyakove mempunyai 142 penempatan, dengan 44 679 penduduk. Pada tahun 1932 penempatan menjadi bandar, dan pada tahun 1933 bandar ini mempunyai 10 buah lombong arang batu dan kuari .

Pada tahun 1964 nama bandar ini ditukar kepada Torez sempenan nama mendiang Maurice Thorez , pemimpin lama daripada Parti Komunis Perancis yang juga seorang pelombong arang batu.

Pada 17 Julai 2014, pesawat Malaysia Airlines MH17 perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam terhempas berhampiran bandar, membunuh semua 298 orang di atas kapal.

Hari ini Chystyakove merupakan pusat utama industri arang batu di Ukraine . Penduduknya berjumlah 70,000, dengan kepadatan purata 822 orang setiap kilometer persegi.

Galeri[sunting | sunting sumber]