Adat resam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tradisi)
Lompat ke: pandu arah, cari

Adat resam (juga dikenali sebagai tradisi) adalah undang-undang atau hak yang tidak bertulis dalam sesebuah masyarakat dan diamalkan secara turun-temuran sejak sekian lama dan diwarisi oleh nenek moyang. Ia adalah sesuatu yang ramai orang lakukan, dan telah dilakukan untuk jangka masa yang lama. Biasanya, datang dari sesebuah negara, budaya, zaman atau agama sama. Jika ada sesuatu yang biasanya dilakukan dengan cara yang sama, ia mungkin boleh dikatakan sebagai "adat kebiasaan" dalam melakukan sesuatu.

Terdapat yang keliru secara khusus antara budaya dan adat. Adat resam adalah lebih mengenai amalan kebiasaan manakala budaya adalah lebih lanjut idea atau sekumpulan adat secara keseluruhan dalam sesuatu kaum atau bangsa.