Pergi ke kandungan

Tradisi lisan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penyampaian teknologi komunikasi

Tradisi lisan merujuk kepada segala bentuk warisan dan tradisi yang lahir dalam sesuatu kelompok masyarakat. Penyampaian tradisi ini berbentuk perantaraan lisan. Ia merupakan satu cara masyarakat menyampaikan sejarah lisan, kesusteraan, perundangan dan pengetahuan lain menyeberangi generasi tanpa sistem tulisan. Contoh yang menggabungkan kesusteraan lisan dan sejarah lisan, sebelum ditulis, adalah Sejarah Melayu.

Dari segi umum, "tradisi lisan" merujuk kepada penyampaian bahan budaya melalui sebutan lisan, dan telah lama dikatakan sebagai gambaran cerita rakyat (kriteria yang tidak lagi dipegang kemas oleh kesemua pencerita rakyat). Sebagai bidang akedemik, ia merujuk kepada kedua-dua kaedah saintifik dan objek yang dikaji oleh kaedah tersebut.

Kajian tradisi lisan adalah berbeza dengan bidang akademik sejarah lisan, yang merupakan rakaman ingatan peribadi dan sejarah oleh mereka yang mengalami era sejarah atau kejadian tertentu. Ia juga berbeza dengan kajian kelisanan (orality) yang boleh ditakrifkan sebagai pemikiran dan gambaran lisan dalam masyarakat di mana teknologi kesusteraan (terutamanya tulisan dan cetakan) tidak meluas dikalangan penduduknya.

Sejarah kajian tradisi lisan[sunting | sunting sumber]

Tradisi lisan merupakan bidang kajian yang diketahui permulaannya[1] dalam karya cendikiawan Serbia Vuk Stefanovic Karadzic (1787-1864), sezaman dengan Brothers Grimm. Vuk mengejar projek seumpamanya dalam "salvage folklore" dalam tradisi kognat di daerah selatan Slav yang kemudiannya bergabung sebagai Yugoslavia, dan dalam campuran yang sama minat romantik dan nasionalis. Terkemudian, tetapi masih dalam pengajian yang sama, turkologi Vasily Radlov (1837-1918) akan mengkaji lagi di Kara-Kirghiz yang kemudiannya membentuk Kesatuan Soviet.

Tradisi Lisan dalam Alam Melayu

Tradisi Lisan atau Budaya Lisan merupakan amalan turun temurun masyarakat Melayu dalam menyampaikan pantang-larang, nasihat, cerita dan maklumat. Sebagai contoh, masyarakat Melayu gemar menceritakan cerita rakyat atau dongengan bagi menarik minat anak-anak mendengar nasihat atau pantang-larang yang tersirat dalam kisah tersebut. Wayang kulit, pantun, syair dan sajak merupakan antara dari khazanah budaya lisan alam Melayu yang banyak memberi sumbangan dalam keintelektualan orang Melayu. Undang-undang tidak bertulis seperti Adat Temenggung dan Adat Perpatih juga disampaikan oleh ibu bapa kepada keturunannya melalui interaksi lisan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sejarah teori tradisi lisan telah dilaporkan sebegitu oleh John Miles Foley; pandangan kasar berikut diambil dari Oral-Formulaic Theory and Research: An Introduction and Annotated Bibliograph, (NY: Garland Publishing, 1985, 1986, 1989); bahan tambahan diringkaskan dari pengenalan bertindan dari jilid berikut: The Theory of Oral Composition: History and Methodology, (Indiana University Press, 1988, 1992); Immanent Art: From Structure to Meaning in Traditional Oral Epic (Bloomington: Indiana University Press, 1991); The Singer of Tales in Performance (Bloomington: Indiana University Press, 1995) and Comparative Research on Oral Traditions: A Memorial for Milman Parry (Columbus, OH: Slavica Publishers, 1987).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]