trivago
Nama asli | Trivago |
---|---|
Jenis/bentuk sah | GmbH |
ISIN | US89686D1054 |
Industri | Travel, Hotel |
Ditubuhkan | 2005 |
Ibu pejabat | Düsseldorf, Germany |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh Dunia |
Tokoh penting | |
Keluaran | Situs pencari harga hotel |
Hasil | 535,004,000 euro (2022) |
Pendapatan bersih | −127,218,000 euro (2022) |
Pemilik | Kumpulan Expedia |
Bilangan kakitangan | 758 |
Syarikat induk | Expedia, Inc. |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Pengenalan
[sunting | sunting sumber]trivago adalah enjin metasearch untuk mencari tempat penginapan – hotel, hostel, B&Bs dan sebagainya. trivago membuat perbandingan lebih dari 700,000 kadar hotel melalui 175 laman tempahan seperti Expedia dan Booking.com. Dengan memasukkan kriteria pencarian di trivago (misalnya harga, tempat, spa, hotel haiwan, dan lain-lain), tawaran-tawaran yang paling sesuai berdasarkan kriteria pengguna akan dikemukakan. Pengguna trivago akan diarahkan secara langsung ke laman tempahan tertentu apabila mereka memilih tawaran pilihan mereka. trivago menjana keuntungan berdasarkan klik. Oleh itu, pengguna dapat menggunakan trivago secara percuma.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]trivago, sebuah syarikat yang berasal dari Jerman, diasaskan pada tahun 2004, dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2005 dan terus berkembang kepada seluruh Eropah pada tahun 2007. Perkembangan di Amerika Syarikat dan Amerika Selatan bermula pada tahun 2009, diikuti dengan Asia Pasifik pada tahun 2013. trivago kini beroperasi di lebih dari 45 negara melintasi seluruh dunia.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Rolf Schrömgens – Produk, Pemasaran dan Pengembangan negara
Malte Siewert – Penjualan, Kewangan, Pengembangan perniagaan
Peter Vinnemeier – Teknologi
Produk / tawaran trivago
[sunting | sunting sumber]Perbandingan harga hotel
[sunting | sunting sumber]Proses pencarian tawaran bermula apabila pengguna trivago memasukkan destinasi atau tempat menarik (misalnya muzium atau tugu peringatan) diikuti dengan tarikh perjalanan. Hasil pencarian kemudian akan ditapis berdasarkan harga, jarak, populariti dan penilaian. Selepas itu, pengguna mempunyai peluang untuk menghalusi pencarian mereka dengan penapisan trivago seperti jenis bilik, Wi-Fi, spa dan sebagainya. trivago juga menyediakan pelbagai informasi hotel seperti kemudahan dan perkhidmatan, ulasan, dan gambar-gambar bagi setiap hotel. Melalui informasi yang dikemukakan oleh trivago, pengguna mendapat maklumat yang lebih mendalam mengenai hotel yang paling baik sebelum membuat keputusan.
trivago Hotel Manager
[sunting | sunting sumber]Produk ini merupakan produk pengurusan hotel percuma untuk pemilik hotel. Hotel Manager menyediakan pelbagai tips dan alat tertentu untuk pengusaha hotel dan bertujuan untuk meningkatkan kedudukan di dalam pencarian trivago. Selain itu, pengusaha hotel boleh mengikuti perkembangan klik, tempahan dan juga membina enjin tempahan tersendiri.
trivago Community
[sunting | sunting sumber]trivago juga bergantung kepada komuniti pelancong antarabangsa untuk menulis ulasan dan mengemaskini pelbagai informasi hotel seperti gambar, huraian hotel dan juga lokasi-lokasi hotel.
trivago Hotel Test
[sunting | sunting sumber]Kini tersedia di negara-negara berikut: Jerman, United Kingdom, Republik Ireland, Sepanyol, dan Itali. trivago Hotel Test adalah sebuah survei yang dipenuhi tetamu hotel untuk memberikan ulasan hotel yang saksama serta tidak berat sebelah. trivago menggunakan ulasan tersebut untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan hotel supaya hotel tertentu akan dipromosikan dalam hasil pencarian bedasarkan kriteria pengguna trivago yang dikehendaki.
trivago Hotel Price Index
[sunting | sunting sumber]Juga dikenali sebagai tHPI, pengeluaran bulanan yang meramali harga purata hotel di negara-negara utama di Eropah, Amerika Syarikat, Amerika Selatan, dan pelbagai kota di Asia. Ia mempamerkan harga purata penginapan semalam di bilik kembar standard.
Suasana kerja
[sunting | sunting sumber]Pekerja di trivago mempunyai masa kerja yang fleksibel dan juga persekitaran kerja yang amat antarabangsa (dengan lebih kurang 60 kewarganegaraan di ibupejabat di Dusseldorf)
Rujukan
[sunting | sunting sumber](1)Statistics Summary for trivago.com, ‘Alexa’ (2)Statistics Summary for trivago.co.uk, ‘Alexa’ (3)Statistics Summary for trivago.de, ‘Alexa’ (4)Statistics Summary for trivago.es, ‘Alexa’ (5)Statistics Summary for trivago.it, ‘Alexa’
Link Eksternal
[sunting | sunting sumber]Situs Resmi trivago