Tun Saban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tun Saban merupakan anak kepada Bendahara Tun Perak (Bendahara Paduka Raja Melaka) yang telah berhijrah ke Hulu Muar. Kemudian, beliau telah berhijrah ke Bentan (seharusnya beliau ke Kampar) dan Sumatera setelah Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511 bersama Sultan Mahmud Shah. Seramai 12 ahli keluarga Tun Saban telah berhijrah ke Hulu Pattani dan kemudiannya ke Belum, sebuah kawasan di Hulu Perak lalu membuka kampung yang diberi nama Rilap Reli, seterusnya pemerintahan di Hulu Perak juga telah diasaskan oleh Tun Saban.

Tun Saban mempunyai tujuh orang anak iaitu Tun Kelawang, Tun Undan, Tun Dalap (perempuan), Tun Kelelang, Tun Belondi, Tun Merah (perempuan) yang menjadi gundik Sultan Muzaffar Shah iaitu Sultan Perak yang pertama dan yang bongsu bernama Tun Bongsu Bangsawan yang telah berkahwin dengan Megat Terawih.

Bagi mendapatkan sultan bagi negeri Perak yang pertama iaitu Sultan Muadzaffar Shah I (Putera Sultan Mahmud Shah dengan Puteri Onang Kening Anak Raja Kelantan), Tun Saban telah dipertanggungjawabkan untuk mendapatkannya.

Tun Saban kemudiannya dikatakan pernah berperang dengan angkatan perang Sultan Muzaffar Shah I, (Sultan Perak pertama memerintah negeri Perak pada 1528 T.M. hingga 1549 T.M.). Peperangan itu berlaku setelah Tun Saban yang berkuasa di sebelah Hulu Perak tidak mahu tunduk di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.

Satu sumber sejarah yang lain pula menyebut punca peperangan tersebut adalah kerana Tun Saban tidak mahu memberi anak perempuannya yang bernama Tun Merah, untuk dijadikan gundik Sultan.

Dalam buku Hulu Perak Dalam Sejarah pula, Tun Saban difitnahkan hendak derhaka kepada Sultan Muzaffar Shah. Lalu seorang pembesar Perak yang bernama Megat Terawis dititahkan untuk membunuh Tun Saban.[1] Megat Terawis berjaya membunuhnya di tempat yang bernama Merah atau Changkat Merah, dan di situ jugalah Tun Saban dimakamkan. Kerana jasanya membunuh Tun Saban, Megat Terawis dilantik menjadi Bendahara Negeri Perak, menggantikan Bendahara Tun Mahmud yang pulang ke Johor. Cerita mengenai Tun Saban banyak terdapat dalam buku sejarah yang berkaitan dengan negeri Perak.

Tun Saban meninggal dunia kerana terbunuh oleh Megat Terawih. Beliau telah dikebumikan di Changkat Perak. Tempat pengebumian Tun Saban dikenali juga keramat Tok Merah.


Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban dinamakan sempena namanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]