USS Enterprise (CV-6)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
USS Enterprise, September 1945

USS Enterprise (CV-6), merupakan kapal tentera laut A.S. yang ketujuh menggunakan nama ini. Percakapan harian disebut sebagai "Big E", ia adalah kapal pengangkut pesawat yang keenam dalam Tentera Laut Amerika Syarikat. Sebuah pengangkut kelas Yorktown, ia telah dilancarkan pada tahun 1936 dan merupakan salah satu daripada hanya tiga buah kapal pengangkut Amerika yang ditauliahkan sebelum Perang Dunia II yang terselamat dalam peperangan (yang lain adalah Saratoga dan Ranger). Ia mengambil bahagian dalam aksi utama peperangan menentang Jepun lebih daripada mana-mana kapal Amerika Syarikat yang lain. Aksi-aksi ini termasuklah Pertempuran Midway, Pertempuran Solomon Timur, Pertempuran Kepulauan Santa Cruz, pelbagai pertempuran laut-udara yang lain semasa Kempen Guadalcanal, Pertempuran Laut Filipina, dan Pertempuran Teluk Leyte. Dalam tiga peristiwa yang berasingan semasa Perang Pasifik, Jepun mengumumkan bahawa ia telah tenggelam dalam pertempuran, memberikan namanya "The Grey Ghost". Enterprise memperolehi 20 bintang perang, yang paling banyak dalam mana-mana kapal perang Amerika Syarikat dan menjadi kapal AS yang paling banyak dikurniakan pingat dalam Perang Dunia II.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
SP-790
USS Enterprise
1938-1947
Diikuti oleh:
CVN-65

Templat:Yorktown class aircraft carrier