Ujian hentaman Charpy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ujian hentaman Charpy ialah sebuah ujian yang dilaksanakan untuk menentukan jumlah tenaga yang diserap oleh suatu bahan ketika patah. Jumlah tenaga yang diserap ditentukan oleh keteguhan takuk suatu bahan dan digunakan untuk mengkaji sifat peralihan mulur-rapuh yang bergantung kepada suhu.

Ujian ini dibangunkan oleh S.B. Russell dan Georges Charpy pada sekitar tahun 1900. Ujian ini banyak digunakan dalam industri seperti dalam pembinaan jambatan dan bekas tekanan.[1][2][3]

Huraian[sunting | sunting sumber]

Radas yang digunakan bagi ujian hentaman Charpy.

Radas yang digunakan dalam ujian ialah sebuah tukul yang dijadikan sebagai sebuah bandul dengan jisim dan ketinggian asal yang diketahui. Bahan yang digunakan pula ialah sebatang bahan yang diuji dengan suatu takuk di tengah batang. Ciri-ciri bahan uji yang digunakan adalah tertakluk pada piawaian seperti dalam ISO 148.

Dalam ujian ini, bahan uji diletakkan di kawasan yang dilalui tukul bandul. Tukul bandul tersebut dilepaskan dan dibiarkan mengenai bahan uji. Oleh kerana sebahagian tenaga kinetik tukul yang dilepaskan diserap oleh bahan uji, ketinggian yang dicapai tukul selepas mengenai bahan uji pasti lebih rendah berbanding dengan ketinggian asal.

Dengan menggunakan nilai yang diperoleh dalam ujian, tenaga hentaman takuk, W, iaitu jumlah tenaga yang diserap oleh bahan uji boleh diperoleh dengan formula berikut:

apabila:

  • W ialah tenaga hentaman takuk, dalam Joule, J,
  • m ialah jisim tukul bandul, dalam kilogram, kg,
  • g ialah pecutan graviti (9.81 m / s²),
  • h dan h' ialah ketinggian asal dan ketinggian akhir tukul bandul masing-masing.

Piawaian[sunting | sunting sumber]

Ciri bahan uji mengikut piawaian mengikut jenis takuk V dan takuk U.

Ujian ini tersenarai dalam beberapa jenis piawai, yakni ISO 148 dan ASTM A370. Piawaian yang ditetapkan termasuklah spekifikasi bahan uji yang digunakan. Biasanya, saiz bahan uji secara piawai ialah 10 mm × 10 mm × 55 mm (bagi kedua-dua piawaian). Selain itu, saiz bahan uji yang berlainan juga wujud seperti 10 mm × 7.5 mm × 55 mm dan 10 mm × 5 mm × 55 mm.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Design and Methods of Construction Of Welded Steel Merchant Vessels: Final Report of a (U.S. Navy) Board of Investigation (July 1947). "Welding Journal". 26 (7). Welding Journal: 569. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ James A Jacobs; Thomas F Kilduff (2005). Engineering Materials Technology (ed. 5th). Pearson Prentice Hall. m/s. 153–155. ISBN 978-0-13-048185-6. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  3. ^ Siewert, T. A.; Manahan, M. P.; McCowan, C. N.; Holt, J. M.; Marsh, F. J.; Ruth, E. A (1999). Pendulum Impact Testing: A Century of Progress, ASTM STP 1380. ASTM. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]