Ulang tayang semula

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ulang tayang segera (instant replay) berlaku apabila rakaman video sesebuah kejadian yang baru sahaja berlaku dimainkan semula tidak lama selepas rakaman tersebut dibuat serta disiarkan secara langsung. Video yang telah ditunjukkan ini dimainkan semula agar penonton dapat melihat semula serta menganalisis apa yang telah berlaku. Ia banyak digunakan dalam acara sukan, di mana terdapat beberapa acara yang membolehkan hukuman tertentu pengadil dibatalkan setelah penilaian semula dilakukan.