Ular Tiung Cincin Emas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ular Tiung Cincin Emas
frames
Pengelasan saintifik


Ular Tiung Cincin Emas atau nama saintifiknya Boiga dendrophila merupakan sejenis ular spesies (colubrid) taring belakang yang biasa didapati di kepulauan Asia Tenggara. Ia merupakan spesis ular kucing terbesar, purata panjang 6–8 kaki (1.8-2.4 m). Ia dianggap serdahana bisa tetapi patukan serdahana menyebabkan bengkak melampau, sungguhpun tidak terdapat kes kematian yang disahkan.[1]

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Muncung lebih panjang dari mata; rostrum lebih lebar berbanding kedalaman, nampak dari atas; internasal sepanjang atau sependek prae-frontal; frontal sepanjang jaraknya dari hujung muncung; loreal sepanjang seperti kedalaman atau lebih; praeocular menjulur sehingga permukaan atas kepala, tidak sehingga frontal; dua postocular; temporal 2 + 2 atau 2 + 3; lapan (sembilan) labial atas, ketiga atau kelima memasuki mata; empat atau lima labial bawah bersentuh dengan pelindung-dagu anterior; kemudiannya sepanjang atau lebih posterior; gigi anterior palatine tidak lebih besar berbanding posterior.

Sisik pada baris 21 (23), baris vertebral diperbesar; ventral 2O9-239; keseluruhan anal; subcaudal 89 no. Hitam di atas, dengan belang kuning melintang, berterusan atau tidak melintasi belakang; kuning labial, dengan sisi hitam. Permukaan bawah hitam atau kebiruan, sekata atau bertabur dengan kuning, leher kuning. Panjang keseluruhan 2310 mm.[2]

Permakanan dan tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Memakan mamalia kecil, mengkarung, katak, ular, dan ikan.

Kebanyakannya nokturnal. Ia berpontesi sebagai ular agresif. Spesimen yang dibiak dalam kurungan juga resah dan mungkin menyerang berulang. Sungguhpun banyak spesimen akan bertenang dan membenarkan dikendalikan dengan peralatan keselamatan bersesuaikan, ia biasanya mudah tertekan dan akan menolak makanan bagi tempoh yang panjang sekiranya diganggu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.venomdoc.com/forums/viewtopic.php?t=3760&sid=f8f07a63e1c496b4ba816f8f7c2dba2d
  2. ^ Rooij, Nelly de. 1915. The reptiles of the Indo-Australian archipelago. Volume 2.Leiden.