Un geste d'amour

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Un geste d'amour"
Single oleh Anggun
daripada album Désirs contraires
Dikeluarkan pada2000
FormatSingle CD
GenrePop
Panjang4:06
SyarikatSony Music Entertainment
PenulisErick Benzi
PenerbitErick Benzi
Kronologi single Anggun
"La Rose des Vents/A Rose in the Wind
(1998)
"Un geste d'amour/Yang 'Ku Tunggu"
(2000)
"Derriere la Porte/Still Reminds Me"
(2000)

"Un geste d'amour" ialah single pertama dari album studio Perancis kedua Anggun, Désirs contraires. Ia dikeluarkan pada September 2000 oleh Columbia dan Sony Music France.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

  • "Un geste d'amour" (Erick Benzi) – 4:06
  • "Look Into Yourself" (Anggun, Erick Benzi) – 4:06

Lagu[sunting | sunting sumber]

"Un geste d'amour" telah dicipta, ditulis, dan dihasilkan oleh penerbit Perancis, Erick Benzi. Lagu itu dipengaruhi oleh muzik tropika.

Lagu ini mempunyai versi bahasa Inggeris bertajuk "Look Into Yourself", yang dikeluarkan di album studio antarabangsa kedua Anggun, Chrysalis. Terdapat juga versi Indonesia bertajuk "Yang 'Ku Tunggu", yang dirakamkan sebagai lagu bonus Chrysalis untuk pasaran Asia Tenggara sahaja. Kedua-dua versi, bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia, ditulis oleh Anggun sendiri dan tidak menampilkan adaptasi dari asal bahasa Perancisnya, yang bermaksud bahawa setiap 3 versi mempunyai tema lirik yang berbeza. "Un geste d'amour" menjadi lagu kedua Anggun untuk merakam dalam 3 bahasa yang berlainan selepas "La rose des vents".

"Un geste d'amour" tidak dapat mengulangi kejayaan single debut Perancis Anggun, "La neige au Sahara". Ia hanya mampu mencapai angka 62 di French Singles Top 100. Walau bagaimanapun, versi Indonesia, "Yang 'Ku Tunggu" telah berjaya. Ia menjadi hits di Indonesia dan Malaysia dan mendahului carta. Sementara itu, lagu bahasa Inggeris, "Look Into Yourself" tidak dipilih sebagai single promo.

Carta[sunting | sunting sumber]

Carta (2000/2001) Kedudukan
carta
Perancis (SNEP)[1] 62
Indonesia (ASIRI) A 1
Malaysia (RIM) A 1
  • A Yang 'Ku Tunggu

Rujukan[sunting | sunting sumber]