Undang-undang keselamatan negara Hong Kong
Undang-undang keselamatan negara Hong Kong
| |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Cina Tradisional: | 香港國家安全法 | ||||||||||
Cina Ringkas: | 香港国家安全法 | ||||||||||
| |||||||||||
Undang-undang Republik Rakyat China bagi Melindungi Keselamatan Negara di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong | |||||||||||
Tulisan Tradisional: | 中華人民共和國香港特別行政區維護國家安全法 | ||||||||||
Tulisan Ringkas: | 中华人民共和国香港特别行政区维护国家安全法 | ||||||||||
|
Undang-undang keselamatan negara Hong Kong, atau secara rasminya dikenali sebagai Undang-undang Republik Rakyat China bagi Melindungi Keselamatan Negara di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong adalah suatu perundangan berkenaan keselamatan negara di wilayah Hong Kong. Undang-undang tersebut adalah diperlukan di bawah Perkara 23 Undang-undang Dasar Hong Kong, yang berkuat kuasa pada tahun 1997 dan menetapkan bahawa undang-undang seharusnya digubal di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong. Pada Jun 2020, undang-undang tersebut digubal di Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, bukannya di Majlis Perundangan Hong Kong.
Teks undang-undang keselamatan tersebut mengundang kritikan antarabangsa, termasuklah peruntukan untuk menerima pendatang Hong Kong di United Kingdom dan juga di Amerika Syarikat, Australia dan Taiwan. Selain mengisytiharkan bahawa undang-undang tersebut menyalahi hak asasi manusia untuk rakyat Hong Kong, terdapat juga bantahan antarabangsa terhadap Perkara 38. Perkara ini mengatakan China boleh mengguna pakai undang-undang itu, dan kemudiannya menahan sesiapa dari mana-mana bahagian di dunia.
Sebagai langkah tindak balas terhadap tindakan pihak tanah besar untuk memintas perundangan tempatan Hong Kong, United Kingdom (UK) mengumumkan jika undang-undang keselamatan yang digubal oleh China diluluskan, ia akan membuka jalan kepada semua penduduk Hong Kong yang lahir semasa pentadbiran British untuk menjadi rakyat British.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikisumber bahasa Cina mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Media berkenaan Undang-undang keselamatan negara Hong Kong di Wikimedia Commons
- Perisytiharan undang-undang dalam Warta Pemerintah Hong Kong
- Laporan enam bulan kerajaan UK mengenai Hong Kong dari Julai hingga Disember 2019 (diterbitkan pada Jun 2020)
- Suapan langsung BBC mengenai Hong Kong (1 Julai 2020)
- Suapan langsung The Guardian mengenai Hong Kong (1 Julai 2020)