Pergi ke kandungan

Underground Railroad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta pelbagai rangkaian pelarian hamba yang ada di Utara Amerika Syarikat dan Kanada

Underground Railroad ("Jalan Kereta Api Bawah Tanah") merujuk kepada suatu rangkaian laluan dan tempat perlindungan rahsia yang wujud serata di Amerika Syarikat serta para pengendalinya - baik yang berkulit hitam mahupun putih - yang digunakan hamba-hamba untuk melarikan diri ke negeri-negeri bebas perhambaan, Kanada dan Nova Scotia dengan bantuan gerakan abolisionis dan sekutu yang menyokong perjuangan mereka.[1][2] Ada juga laluan yang membawa ke Mexico atau ke pelabuhan untuk berlayar ke luar negeri.[3] Terdapat anggaran bahawa sebanyak 100,000 orang hamba telah melarikan diri melalui rangkaian laluan ini pada tahun 1850.[4]

Rangkaian ini dinamakan sedemikian kerana para pengguna dan pengendalinya sering menggunakan istilah tertentu yang berkias kepada pengangkutan kereta api, untuk menyembunyikan kegiatan mereka. Sebagai contoh:[5]

  • Pemberi maklumat mengenai rangkaian ini diberi jolokan "ejen" atau "penggembala" (agents, shepherds)
  • Penunjuk jalan diberi jolokan "konduktor" (conductors)
  • Tempat perlindungan dijolok sebagai "stesen" (stations)
  • Tuan hamba yang menyembunyikan hamba mereka diberi jolokan "tuan stesen" (station master)
  • Hamba yang bebas diberi jolokan "penumpang" atau "kargo" (passengers, cargo)
  • Para hamba yang melarikan diri dianggap "mendapat tiket"
  • Pihak yang memberi sokongan kewangan dianggap sebagai "pemegang saham" (stockholders).
  1. ^ "The Underground Railroad". Public Broadcasting Service. Dicapai pada July 25, 2007.
  2. ^ "Underground Railroad". dictionary.com. Dicapai pada July 17, 2011. 'A network of houses and other places abolitionists used to help enslaved Africans escape to freedom in the northern states or in Canada ... ' —American Heritage Dictionary
  3. ^ "Purpose and Background". Taking the Train to Freedom. National Park Service. Retrieved July 17, 2011
  4. ^ Vox, Lisa, "How Did Slaves Resist Slavery?", African-American History, About.com, Retrieved July 17, 2011.
  5. ^ Blight, David, 2004, p. 98

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Blackett, R.J.M. (2013). Making Freedom: The Underground Railroad and the Politics of Slavery. Chapel Hill, NC: University of North Carolina Press.
  • Curtis, Anna L. (1941). Stories of the Underground Railroad. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 31, 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan) (Stories about Thomas Garrett, a famous agent on the Underground Railroad)
  • Frost, Karolyn Smardz (2007). I've Got a Home in Glory Land: A Lost Tale of the Underground Railroad. New York: Farrar, Straus and Giroux.
  • Larson, Kate Clifford (2004). Bound For the Promised Land: Harriet Tubman, Portrait of an American Hero. New York: Ballantine Books. ISBN 0-345-45627-0.
  • Still, William (1872). The Underground Railroad: A Record of Facts, Authentic Narratives, Letters, &c., Narrating the Hardships, Hair-Breadth Escapes and Death Struggles of the Slaves in Their Efforts for Freedom, As Related by Themselves and Others, or Witnessed by the Author. Philadelphia: Porter & Coates. (Classic book documenting the Underground Railroad operations in Philadelphia).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]