Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Unit Anjing Pengesan PDRM (K9) ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu polis mengesan bukti seperti mencari mayat yang dicampak ke dalam sungai, tasik atau laut.

Pada 2010, PDRM mendapatkan bantuan daripada polis Finland untuk mendapatkan latihan unit anjing pengesan. PDRM mempunyai 145 ekor anjing yang boleh mengesan penjenayah, dadah, mayat, senjata api dan bahan letupan. 30 ekor dibeli dari Jerman dan Czechoslovakia pada Disember 2009 iaitu 18 ekor jenis 'German Shepherd' dan 12 ekor jenis 'Labrador'. K9 akan berjalan kaki meronda kawasan perumahan, perindustrian dan perniagaan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]