Vaksin Bacillus Calmette–Guérin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Vaksin Bacillus Calmette–Guérin
Vaksin Bacillus Calmette–Guérin chemical structure
Nama Sistematik (IUPAC)
?
Pengecam
Nombor CAS ?
Kod ATC J07AN01
PubChem ?
Data kimia
Formula ?
Berat molekul ?
Data farmakokinetik
Bioketersediaan ?
Metabolisme ?
Separuh hayat ?
Perkumuhan ?
Pertimbangan Terapi
Kategori Kehamilan

C (AS)

Status undang-undang

? (AS)

Kaedah Percutaneous

Vaksin Bacillus Calmette–Guérin (BCG) merupakan vaksin yang paling biasa digunakan untuk tuberkulosis.[1] Di negara tempat tuberkulosis, atau batuk kering, biasa ditemui, satu dos adalah disarankan untuk bayi yang sihat, sehampir mungkin dengan kelahiran.[1] Bayi yang menghidap HIV/AIDS tidak boleh divaksin.[2] Di kawasan tempat tuberkulosis jarang ditemui, hanya bayi yang berisiko tinggi biasanya diimunkan dengan kes tuberkulosis yang disyaki diuji dan dirawat. Orang dewasa yang tidak menghidap tuberkulosis dan belum pernah diimun tetapi kerap terdedah kepada tuberkulosis yang kalis ubat juga boleh diimunkan.[1]

Kadar perlindungan sangat berbeza dan bertahan antara sepuluh hingga dua puluh tahun. [1] Dalam kalangan kanak-kanak, vaksin ini mencegah kira-kira 20% kanak-kanak daripada dijangkiti dan dalam kalangan kanak-kanak yang dijangkiti, ia melindungi separuh daripada mereka daripada mendapat penyakit.[3] Vaksin ini diberi melalui suntikan ke dalam kulit.[1] Dos tambahan tidak disokong oleh bukti.[1] Ia juga boleh digunakan dalam rawatan untuk beberapa jenis barah pundi.[4]

Kesan sampingan yang serius jarang dilihat. Seringkali berlaku kemerahan, bengkak dan sakit yang ringan pada tempat suntikan. Ulser boleh juga terbentuk dengan sedikit parut selepas sembuh. Kesan sampingan lebih biasa dilihat dan lebih berpotensi untuk menjadi teruk dalam kalangan mereka yang mempunyai fungsi imun yang lemah. Vaksin ini tidak selamat digunakan semasa hamil. Pada asalnya vaksin ini dibangunkan daripada Mycobacterium bovis yang biasa ditemui pada lembu. Walaupun ia sudah dilemahkan, ia masih hidup.[1]

Vaksin BCG mula-mula digunakan secara perubatan pada tahun 1921.[1] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan yang asas.[5] Pada tahun 2014, kos borong vaksin ini ialah USD0.16 per dos.[6] Di Amerika Syarikat, kosnya ialah USD100 hingga USD200.[7] Setiap tahun, vaksin ini diberikan kepada kira-kira 100 juta kanak-kanak.[1]

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i "BCG Vaccine: WHO position paper" (PDF). Weekly epidemiological record. 4 (79): 25-40. Jan 23, 2014. 
  2. ^ "Revised BCG vaccination guidelines for infants at risk for HIV infection" (PDF). Wkly Epidemiol Rec. 82 (21): 193-196. May 25, 2007. PMID 17526121. 
  3. ^ Roy, A; Eisenhut, M; Harris, RJ; Rodrigues, LC; Sridhar, S; Habermann, S; Snell, L; Mangtani, P; Adetifa, I; Lalvani, A; Abubakar, I (5 August 2014). "Effect of BCG vaccination against Mycobacterium tuberculosis infection in children: systematic review and meta-analysis". BMJ (Clinical research ed.). 349: g4643. PMID 25097193. 
  4. ^ Houghton, BB; Chalasani, V; Hayne, D; Grimison, P; Brown, CS; Patel, MI; Davis, ID; Stockler, MR (May 2013). "Intravesical chemotherapy plus bacille Calmette-Guérin in non-muscle invasive bladder cancer: a systematic review with meta-analysis". BJU international. 111 (6): 977–83. PMID 23253618. 
  5. ^ "WHO Model List of EssentialMedicines" (PDF). World Health Organization. October 2013. Dicapai 22 April 2014. 
  6. ^ "Vaccine, Bcg". International Drug Price Indicator Guide. Dicapai 6 December 2015. 
  7. ^ Hamilton, Richart (2015). Tarascon Pocket Pharmacopoeia 2015 Deluxe Lab-Coat Edition. Jones & Bartlett Learning. m/s. 312. ISBN 9781284057560.