Vaksin tetanus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Vaksin tetanus
Vaksin tetanus chemical structure
Nama Sistematik (IUPAC)
?
Pengecam
Nombor CAS ?
Kod ATC J07AM01
PubChem ?
Data kimia
Formula ?
Berat molekul ?
Data farmakokinetik
Bioketersediaan ?
Metabolisme ?
Separuh hayat ?
Perkumuhan ?
Pertimbangan Terapi
Kategori Kehamilan

?

Status undang-undang
Kaedah ?

Vaksin tetanus, juga dikenali sebagai toksoid tetanus (TT), merupakan vaksin yang digunakan untuk mencegah tetanus atau kancing gigi.[1] Lima dos disarankan semasa zaman kanak-kanak dan diikuti oleh dos tambahan setiap sepuluh tahun. Hampir setiap orang akan imun selepas tiga dos.[1] Bagi mereka yang tidak mengikuti jadual imunisasi tetanus, suntikan penggalak perlu diberi dalam tempoh 48 jam daripada kecederaan.[2] Bagi mereka yang berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan tetapi tidak diimunkan sepenuhnya, antitoksin tetanus boleh juga disarankan. Memastikan wanita hamil mengikuti jadual imunisasi tetanus, dan jika tidak mengimunkan mereka boleh mencegah tetanus neonatal.[1]

Vaksin ini sangat selamat untuk digunakan termasuk untuk mereka yang sedang hamil dan mereka yang menghidap HIV/AIDS. Kemerahan dan kesakitan pada tempat suntikan berlaku antara 25 hingga 85% penerima vaksin. Demam, rasa letih, dan sakit otot yang kecil berlaku dalam kurang daripada satu peratus penerima vaksin. Tindak balas alergi yang teruk berlaku dalam kurang daripada satu dalam 100,000 penerima vaksin.[1]

Sebilangan gabungan vaksin, termasuk vaksin tetanus mengandungi DTaP dan Tdap yang mengandungi difteria, tetanus, and vaksin pertusis, dan DT dan Td yang mengandungi vaksin difteria dan tetanus. DTaP dan DT diberi kepada kanak-kanak yang berumur kurang daripada tujuh tahun, sementara Tdap dan Td diberi kepada mereka yang berumur tujuh tahun ke atas.[3] Huruf kecil d dan p menandakan kekuatan vaksin difteria dan pertusis yang lebih rendah.[3]

Vaksin tetanus mula digunakan di Amerika Syarikat pada tahun 19040-an.[1] Penggunaannya membawa kepada 90% penurunan kadar tetanus.[1] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas.[4] Harga borong vaksin ini pada tahun 2014 ialah antara 0.17 dan 0.65 dolar Amerika sedos.[5] Harganya di Amerika Syarikat ialah antara 25 hingga 50 dolar Amerika.[6]

References[sunting | sunting sumber]